Sabtu, 17 Disember 2011

Hebahan

Berkata al-Faqih Abu lais(أبو الليث), alamat atau tanda takut akan Allah SWT ialah nyata pada diri seseorang itu 7 perkara:



1.Lisannya- Maka mencegahnya daripada menipu,mengumpat,

   mengadu domba,dan banyak berbicara dan menjadikannya sibuk

   dengan berzikir kepada Allah SWT,membaca al-Quran,dan

   muzakarah ilmu



2.Hatinya- Maka mengeluarkannya daripada permusuhan, 

   Pembohongan,dan hasad dengki sesame saudara,kerana hasad itu

   memadamkan kebaikan sepertimana yang dikatakan Rasulullah

   SAW:”Hasad memakan akan kebaikan-kebaikan seperti api   

   memakan akan pohon kayu”.Dan ketahuilah bahawa penyakit hasad

   itu darupada penyakit-penyakit yang tersangat besar du dalam hati,

   dan tidak dapat dirawat penyakit itu kecuali dengan ilmu dan amal.



3.Pandangannya- Maka tidak memandang kepada perkara-perkara

   Yang haram daripada makanan,minuman,pakaian dan selainnya.

   Dan juga tidak memandang kepada dunia dengan berkeinginan

   kepadanya tetapi memandang kepada dunia dengan pandangan

   iktibar dan tidak melihat kepada perkara-perkara yang tidak

   dihalalkan sebagaimana telah datang amaran di dalam sabda Nabi

   SAW mafhumnya:”sesiapa yang mengisi kedua matanya daripada
   barang yang haram dilihatnya,maka di akhirat kelak Allah SWT akan

   mengisi kedua matanya barang daripada api neraka”.



4.Perutnya-Maka tidak memasukkan ke dalamnya perkara-perkara

   yang haram dimasukkan kerana perbuatan itu merupakan satu dosa

   yang besar sepertimana sabda Nabi SAW,mafhumnya:”Apabila jatuh

   satu suapan haram di dalam perut anak Adam,selurah malaikat di

   bumi dan di langit malaknatinya selama mana suapan itu di dalam

   perutnya,dan sekiranya ia mati dalam keadaan itu,maka tempatnya

   adalah neraka jahannam”.



5.Tangannya-Maka tidak menggunakan tangannya kepada perkara-

   perkara yang diharamkan tetapi menggunakan nilmat tanagan yang

   diberi sebagai ketaatan kepada Allah SWT.



6.Kakinya-Maka tidak berjalan ia kerana kemaksiatan kepada Allah,

   Tetapi berjalan ia kerana ketaatan kepada Allah dan mencari

   redhaNya dan mendampingi para ulama dan solihin.



7.Ketaatannya-Maka menjadikan ketaatannya semata-mata ikhlas

   kerana Allah SWT dan takut akan  sifat riak dan nifak.





Apabila melakukan seseorang akan segala perkara ini,maka mereka inilah orang-orang yang Allah SWT sebutkan di dalam al-quran firman Allah SWT:

-dan kehidupan akhirat itu di sisi tuhanmu disediakan bagi orang-

 Orang yang bertakwa.(Az-zukhruf-35)

-sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada di dalam surga-

 surga dan mata air yang mengalir(Al-hijr-45)

-sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam surga dan

 kenikmatan.(At-thur-17)

-sungguh orang=orang yang beriman berada di dalam tempat yang

 aman.(Ad-dukhan-51)