Jumaat, 27 April 2012


Adab

Mahasuci Allah swt yang menentukan sekalian perkara dengan kebijaksanaaNya yang pada sekalian itu terkandung hikmah-hikmah yang jelas dan yang tersembunyi dan ada kalanya dibuka hikmah-hikmah yang tersembunyi itu kepada hamba-hambanya yang terpilih.Allah swt jualah yang mengadakan sesuatu yang tiada kepada ada,dan daripada ada kepada tiada, menghidupkan segala yang mati dan mematikan segala yang bernyawa,memudahkan segala yang sukar dan menyukarkan perkara yang mudah.Kesemuanya di dalam genggamanNya taala.Begitu jugalah kemajuan yang dikecapi dan dinikmati pada hari ini yang kesemuanya merupakan kehendakNya. Namun di dalam kemajuan dan nikmat hidup yang terbentang di hadapan kita pada hari ini,kebanyakan manusia hanyut dengan fatamorgana dunia tanpa menyedari bahawa kesemuanya itu hanya bersifat sementara. Diantara perkara yang jelas dilihat ialah kemerosotan akhlak manusia itu sendiri lebih-lebih lagi yang bergelar muslim di dalam kehidupan mereka pada masa kini.Tambahan lagi,penyakit ini berjangkit kepada mereka yang bergelar sebagai penuntut ilmu yang sepatutnya dihiasi diri mereka itu dengan akhlak-akhlak yang baik dan nilai kesopanan yang tinggi.Jika dilihat dari satu sudut ianya murupakan musibah tetapi jika dilihat dari sudut yang lain pula, Allah swt berkehendak mengangkat hamba-hambanya yang tetap di atas petunjukNya dan sentiasa mengikuti sunnah-sunnah kekasihNya dan perjalanan para sahabat Nabi saw.Mereka inilah yang termasuk di dalam khabar gembira yang disebutkan di dalam sabdanya:



“Sesiapa yang menghidupkan sunnahaku ketika rosaknya ummatku, maka  baginya ganjaran 100 orang yang syahid”…

Di sini al-fakir tekankan sedikit mengenai adab-adab ketika menyampaikan ilmu dan menuntut ilmu memandangkan diri al-faqir sendiri yang bergelar sebagai penuntut ilmu.Adapun mengenai adab-adab yang lain maka berhajatlah kepada huraian yang lebih panjang dan mengaji…



(ADAB MUZAKKIR)

-Sentiasa membaiki diri

-Mempunyai sifat warak

-Tidak meriwayatkan cerita-cerita yang tidak benar

-Merendah diri

-Tidak membesar diri dan bengis wajah.

-Berusaha beramal mengenai fadhilat-fadhilat amal sebelum mengkhabarkan 
kepada orang lain

-Tidak menetapkan pandangan kepada seseorang tetapi mengumumkan pandangan kepada orang ramai..

(ADAB PENDENGAR)

-Memandang kepada wajah muzakkir

-Tidak sibuk dengan pekerjaan lain ketika mendengar

-Membenarkan mengenai apa yang didengar

-Membuang was-was dan lintasan-lintasan hati yang buruk di dalam hati

-Tidak tidur di dalam ketika mendengar ceramah dan peringatan.


(ADAB PENUNTUT)

-Membetulkan niat dalam menuntut ilmu.Padanya 4 perkara yang perlu diniatkan

1-Berniat dengan menuntut ilmu itu untuk keluar dari kejahilan diri dan mengeluarkan orang lain dari kejahilan.

2-Memberi manfaat dengan ilmu itu kepada orang lain.

 3-Menghidupkan ilmu.

 4-Berniat untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari.

-Menuntut ilmu semata-semata kerana Allah swt dan bukannya kerana dunia

-Tidak bakhil dalam berkongsikan ilmu yang ada

-Menghormati dan membesarkan guru

-Tidak menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang tidak member faedah kepadanya