Adab
Mahasuci Allah swt yang menentukan sekalian perkara
dengan kebijaksanaaNya yang pada sekalian itu terkandung hikmah-hikmah yang
jelas dan yang tersembunyi dan ada kalanya dibuka hikmah-hikmah yang
tersembunyi itu kepada hamba-hambanya yang terpilih.Allah swt jualah yang
mengadakan sesuatu yang tiada kepada ada,dan daripada ada kepada tiada,
menghidupkan segala yang mati dan mematikan segala yang bernyawa,memudahkan segala
yang sukar dan menyukarkan perkara yang mudah.Kesemuanya di dalam genggamanNya taala.Begitu
jugalah kemajuan yang dikecapi dan dinikmati pada hari ini yang kesemuanya merupakan
kehendakNya. Namun di dalam kemajuan dan nikmat hidup yang terbentang di
hadapan kita pada hari ini,kebanyakan manusia hanyut dengan fatamorgana dunia tanpa
menyedari bahawa kesemuanya itu hanya bersifat sementara. Diantara perkara yang
jelas dilihat ialah kemerosotan akhlak manusia itu sendiri lebih-lebih lagi
yang bergelar muslim di dalam kehidupan mereka pada masa kini.Tambahan lagi,penyakit
ini berjangkit kepada mereka yang bergelar sebagai penuntut ilmu yang
sepatutnya dihiasi diri mereka itu dengan akhlak-akhlak yang baik dan nilai kesopanan
yang tinggi.Jika dilihat dari satu sudut ianya murupakan musibah tetapi jika dilihat
dari sudut yang lain pula, Allah swt berkehendak mengangkat
hamba-hambanya yang tetap di atas petunjukNya dan sentiasa mengikuti
sunnah-sunnah kekasihNya dan perjalanan para sahabat Nabi saw.Mereka inilah
yang termasuk di dalam khabar gembira yang disebutkan di dalam sabdanya:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahaku ketika rosaknya
ummatku, maka baginya ganjaran 100 orang
yang syahid”…
Di sini al-fakir tekankan sedikit mengenai
adab-adab ketika menyampaikan ilmu dan menuntut ilmu memandangkan diri al-faqir
sendiri yang bergelar sebagai penuntut ilmu.Adapun mengenai adab-adab yang lain
maka berhajatlah kepada huraian yang lebih panjang dan mengaji…
(ADAB
MUZAKKIR)
-Sentiasa membaiki diri
-Mempunyai sifat warak
-Tidak meriwayatkan cerita-cerita yang tidak benar
-Merendah diri
-Tidak membesar diri dan bengis wajah.
-Berusaha beramal mengenai fadhilat-fadhilat amal
sebelum mengkhabarkan
kepada orang lain
-Tidak menetapkan pandangan kepada seseorang tetapi
mengumumkan pandangan kepada orang ramai..
(ADAB
PENDENGAR)
-Memandang kepada wajah muzakkir
-Tidak sibuk dengan pekerjaan lain ketika mendengar
-Membenarkan mengenai apa yang didengar
-Membuang was-was dan lintasan-lintasan hati
yang buruk di dalam hati
-Tidak tidur di dalam ketika mendengar ceramah dan
peringatan.
(ADAB PENUNTUT)
-Membetulkan niat dalam menuntut ilmu.Padanya 4
perkara yang perlu diniatkan
1-Berniat dengan menuntut ilmu itu untuk keluar dari
kejahilan diri dan mengeluarkan orang lain dari kejahilan.
2-Memberi manfaat dengan ilmu itu kepada orang
lain.
3-Menghidupkan ilmu.
4-Berniat
untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari.
-Menuntut ilmu semata-semata kerana Allah swt
dan bukannya kerana dunia
-Tidak bakhil dalam berkongsikan ilmu yang ada
-Menghormati dan membesarkan guru
-Tidak menyibukkan diri dengan perkara-perkara
yang tidak member faedah kepadanya