Selasa, 12 Jun 2012



Sheikh Idris Al-Marbawi pengarang Bahrul Mazi

Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

ULAMA besar yang diperkenalkan pada kali ini tidak asing bagi kebanyakan pelajar-pelajar Alam Melayu amnya, dan di Malaysia khususnya. Beliau sangat terkenal dengan kamus Arab-Melayunya, iaitu Qamus al-Marbawi. Beliau ialah Sheikh Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi, seorang ulama yang berketurunan dari Kampung Merbau, Perak. Dilahirkan pada tahun 1893 M di Mekah, dan tarikh kembalinya beliau ke rahmatullah juga telah banyak ditulis orang pada 10 Oktober 1989, dimakamkan di Kampung Lubuk Merbau, Perak pada usia 96 tahun.

Tok Kenali antara Guru Sheikh Idris al-Marbawi
Ilmu yang paling banyak diperolehnya adalah dari Tok Kenali Kelantan. Sebelum ini, artikel mengenai Tok Kenali pernah dibicarakan penulis dengan judul Tok Kenali: Ulama Peringkat Wali yang dikeluarkan pada Isnin, 2 Oktober 2006.

Namun dirasakan perlu dibicarakan lagi secara umum berkenaan guru kepada Sheikh Idris Marbawi tersebut.

Tok Kenali adalah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam bersistemkan pondok di Malaysia, bahkan juga seluruh Alam Melayu.

Beliau ialah murid yang paling dipercayai oleh Sheikh Ahmad al-Fathani, sehinggakan tiada satu rahsia perjuangan Sheikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh beliau.

Beliau meninggalkan murid yang sangat ramai. Antara yang menjadi ulama besar adalah Sheikh Idris Marbawi dan Sheikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber ini penulis perolehi daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, seorang Mufti Mempawah Indonesia, yang didengar penulis pada tahun 1969 di Indonesia, Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah, yang didengar pada tahun 1970, Kadi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala Patani pada tahun 1970, Kadi Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ramai yang lain yang belum perlu disebutkan).

Karya-karya yang dihasilkan:
Sheikh Idris al-Marbawi meninggalkan karya-karya yang tidak kurang banyaknya. Terdapat dua karya beliau yang sangat terkenal, sehingga masih digunakan sehingga ke hari ini iaitu Qamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi. Keterangan maklumat mengenai kedua-dua karya tersebut adalah berikut:

A. Qamus Idris al-Marbawi
Qamus Idris al-Marbawi adalah judul sebenar dalam persuratan. Dalam percakapan umum dinamakan kamus Marbawi. Kamus ini bukan kamus Arab-Melayu yang pertama ditulis. Terdapat kamus lain ditulis sekitar tahun berhampirannya. Namun, kamus ini mendapat tempat tersendiri dalam bidang perkamusan.
Paling luas penyebarannya

Antara keistimewaan kamus ini berbanding yang lainnya adalah kamus Arab-Melayu yang ditulis dengan Melayu-Jawi dan yang pertama paling luas penyebarannya di seluruh dunia Melayu. Bahkan ia turut digunakan oleh masyarakat Melayu di Mekah, Mesir dan beberapa tempat lain.
Ia turut digunakan oleh hampir semua orang yang belajar bahasa Arab dari kalangan suku kaum Melayu, Jawa, Bugis dan sebagainya.

Dalam mukadimahnya, beliau meluahkan yang terkandung dalam hatinya demi kemajuan bangsa Melayu, iaitu katanya: “Kemudian dari itu, maka sebelum masuk mengarang kamus ini, lebih dulu menerangkan maksudku mengadakannya, ialah memajukan bangsaku Melayu, sekiranya menuntut bahasa Arab adalah kamus penyuluhnya yang diharap, mendapatkan pelajarannya umpama nahu dan saraf.”

Kamus ini mengandungi dua juzuk. Juzuk pertama yang mengandungi 384 halaman dimulakan huruf Alif dan berakhir dengan Zha, yang mengandungi 18,000 kosa kata perkataan Arab yang diberi takrif atau ertinya ke dalam bahasa Melayu, dan terdapat juga 700 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.
Dalam juzuk kedua pula mengandungi 401 halaman, yang dimulakan daripada huruf ‘Ain dan berakhir dengan huruf Ya, juga terdapat 18,000 kosa kata Arab dan 500 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.

Berkenaan maklumat-maklumat lainnya berkaitan kamus Marbawi tersebut, telah banyak penulis bicarakan dalam Berita Harian, 28 Mac 2006 (Selasa) dengan judul ‘Kamus Marbawi Rujukan Pelajar Kuasai Bahasa Arab.’

B. Bahrul Mazi
Karya Syeikh Idris al-Marbawi yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul Mazi, judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau.
Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.
Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah diterbitkan. Maklumat ringkas tentang keseluruhan jilidnya, adalah seperti berikut:
- Jilid I : Tanpa menyebut tarikh. Tebal 227 halaman. Menerangkan bicara bersuci dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 126 hadis dan 591 masalah.
- Jilid II: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 454 masalah.
- Jilid III: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 240 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 161 hadis dan 558 masalah.
- Jilid IV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang; zakat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 115 hadis dan 519 masalah.
- Jilid V: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 208 halaman. Menerangkan bicara puasa dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 110 hadis dan 473 masalah.
- Jilid VI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara haji dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 108 hadis dan 458 masalah.
- Jilid VII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara umrah dan jenayah. Terdiri daripada 114 hadis dan 483 masalah.
- Jilid VIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan baki bab-bab jenayah dan membicarakan Kitabun Nikah. Terdiri daripada 99 hadis dan 330 masalah.
- Jilid IX: Tarikh selesai menulis malam Rabu, 29 Syawal 1357 H di rumah berdekatan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Tebal 224 halaman. Menerangkan bab-bab talak, li’an dan jual beli. Terdiri daripada 117 hadis dan 226 masalah.
Bab-bab jualan
- Jilid X: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Menerangkan baki bab-bab jualan, bab-bab kadi, diat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 180 hadis dan 259 masalah.
- Jilid XI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan korban, nazar-nazar, sumpah-sumpah, perjalanan Nabi dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 151 hadis dan 486 masalah.
- Jilid XII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan perang sabil, pakaian, makanan dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 170 hadis dan 353 masalah.
- Jilid XIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan minum-minuman, kebaktian, perhubungan rahim dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 152 hadis dan 472 masalah.
- Jilid XVI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Melengkapi atas baki bab-bab perhubungan rahim, perubatan, faraid, wala’, hibah, qadar dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 395 masalah.
- Jilid XV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 248 halaman. Melengkapi bab-bab huru-hara, ta’bir mimpi dan saksi-saksi. Terdiri dari 105 hadis dan 301 masalah.
- Jilid XVI: Tarikh akhir Bab ar-Ru‘ya dan mengiringi bab-bab syahadah. Selesai malam Rabu, 21 Ramadan 1359 H/1940 M. Melengkapi atas bab-bab mimpi, saksi-saksi dan zuhud. Terdiri daripada 128 hadis dan 237 masalah.
- Jilid XVII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat kiamat; pelembut hati, wara’ dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 100 hadis dan 210 masalah.
- Jilid XVIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat syurga, neraka, iman dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 109 hadis dan 210 masalah.
Minta izin
- Jilid XIX: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab ilmu, minta izin dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 148 hadis dan 266 masalah.
- Jilid XX: Tarikh dicatat oleh pengarangnya, katanya: “Telah selesai hamba daripada menulis dan mengarangkan juzuk yang kedua puluh ini dengan kurnia Allah SWT kemudian daripada tergendala mengarangnya 16 tahun. Iaitu mula perang Inggeris dengan Jerman dan Jepun dan Itali pada tahun 1949, dan sudah juzuk ini pada malam Rabu 25 Ramadan dan 1373 bersamaan 18 Mei 1955." Melengkapi atas baki bab-bab adab, misal-misal, bab-bab pahala Quran dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 127 hadis dan 311 masalah.
- Jilid XXI: Mulai penulisan pada hari Khamis, 26 Syaaban 1374 H/19 Mei 1955 M, dan diselesaikan pada 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M. Tebal 255 halaman. Melengkapi atas segala bab tafsir. Terdiri daripada 92 hadis dan 335 masalah.
- Jilid XXII: Dimulai 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M, dan selesai pada malam 2 Jamadilakhir 1377 H/24 Disember 1957 M. Tebal 242 halaman. Melengkapi atas tafsir setengah-setengah ayat di dalam surah al-Maidah dan lain-lainnya. Terdiri daripada 95 hadis dan 351 masalah.
Penerbitan keseluruhan diusahakan oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir, mulai tahun 1352 H/1933 M.

Pada kata aluan jilid pertama, pengarangnya menerangkan bahawa beliau telah belajar ilmu hadis daripada Sheikh Muhammad Ibrahim as-Samaluti, iaitu guru hadis yang mengajar berpuluh-puluh tahun di Jami’ Saiyidina Husein di Kaherah, Mesir. Bahawa ketika pulang ke rumah, beliau terus mencatat pelajarannya sehingga tersusunlah kitab besar Bahrul Mazi tersebut.

Kurang tersebar
Sebuah lagi karangan Sheikh Idris al-Marbawi yang kurang tersebar ialah kitab Tafsir Surah Yasin. Asal kitab ini adalah karangan Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad asy-Syaukani dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Sheikh Idris al-Marbawi atas permintaan Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H.
Pada mukadimah Sheikh Idris al-Marbawi menulis: “Adapun kemudian daripada itu, maka telah menuntut kepada hamba oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir bahwa hamba terjemahkan tafsir yasin karangan asy-Syaukani daripada Arab kepada Melayu...”.

Kitab ini telah diterbitkan oleh Mathba‘ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H/ 1935 M.

Jumaat, 27 April 2012


Adab

Mahasuci Allah swt yang menentukan sekalian perkara dengan kebijaksanaaNya yang pada sekalian itu terkandung hikmah-hikmah yang jelas dan yang tersembunyi dan ada kalanya dibuka hikmah-hikmah yang tersembunyi itu kepada hamba-hambanya yang terpilih.Allah swt jualah yang mengadakan sesuatu yang tiada kepada ada,dan daripada ada kepada tiada, menghidupkan segala yang mati dan mematikan segala yang bernyawa,memudahkan segala yang sukar dan menyukarkan perkara yang mudah.Kesemuanya di dalam genggamanNya taala.Begitu jugalah kemajuan yang dikecapi dan dinikmati pada hari ini yang kesemuanya merupakan kehendakNya. Namun di dalam kemajuan dan nikmat hidup yang terbentang di hadapan kita pada hari ini,kebanyakan manusia hanyut dengan fatamorgana dunia tanpa menyedari bahawa kesemuanya itu hanya bersifat sementara. Diantara perkara yang jelas dilihat ialah kemerosotan akhlak manusia itu sendiri lebih-lebih lagi yang bergelar muslim di dalam kehidupan mereka pada masa kini.Tambahan lagi,penyakit ini berjangkit kepada mereka yang bergelar sebagai penuntut ilmu yang sepatutnya dihiasi diri mereka itu dengan akhlak-akhlak yang baik dan nilai kesopanan yang tinggi.Jika dilihat dari satu sudut ianya murupakan musibah tetapi jika dilihat dari sudut yang lain pula, Allah swt berkehendak mengangkat hamba-hambanya yang tetap di atas petunjukNya dan sentiasa mengikuti sunnah-sunnah kekasihNya dan perjalanan para sahabat Nabi saw.Mereka inilah yang termasuk di dalam khabar gembira yang disebutkan di dalam sabdanya:



“Sesiapa yang menghidupkan sunnahaku ketika rosaknya ummatku, maka  baginya ganjaran 100 orang yang syahid”…

Di sini al-fakir tekankan sedikit mengenai adab-adab ketika menyampaikan ilmu dan menuntut ilmu memandangkan diri al-faqir sendiri yang bergelar sebagai penuntut ilmu.Adapun mengenai adab-adab yang lain maka berhajatlah kepada huraian yang lebih panjang dan mengaji…



(ADAB MUZAKKIR)

-Sentiasa membaiki diri

-Mempunyai sifat warak

-Tidak meriwayatkan cerita-cerita yang tidak benar

-Merendah diri

-Tidak membesar diri dan bengis wajah.

-Berusaha beramal mengenai fadhilat-fadhilat amal sebelum mengkhabarkan 
kepada orang lain

-Tidak menetapkan pandangan kepada seseorang tetapi mengumumkan pandangan kepada orang ramai..

(ADAB PENDENGAR)

-Memandang kepada wajah muzakkir

-Tidak sibuk dengan pekerjaan lain ketika mendengar

-Membenarkan mengenai apa yang didengar

-Membuang was-was dan lintasan-lintasan hati yang buruk di dalam hati

-Tidak tidur di dalam ketika mendengar ceramah dan peringatan.


(ADAB PENUNTUT)

-Membetulkan niat dalam menuntut ilmu.Padanya 4 perkara yang perlu diniatkan

1-Berniat dengan menuntut ilmu itu untuk keluar dari kejahilan diri dan mengeluarkan orang lain dari kejahilan.

2-Memberi manfaat dengan ilmu itu kepada orang lain.

 3-Menghidupkan ilmu.

 4-Berniat untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari.

-Menuntut ilmu semata-semata kerana Allah swt dan bukannya kerana dunia

-Tidak bakhil dalam berkongsikan ilmu yang ada

-Menghormati dan membesarkan guru

-Tidak menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang tidak member faedah kepadanya

Ahad, 18 Mac 2012

                     Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang-
                            Dari Majalah alKisah


              Ketawadhu’an, ketenangan, dan kehati-hatian menjadi ciri pembawaannya yang paling menonjol.


Bagi sebagian muslimin di Indonesia, apalagi bagi para penuntut ilmu agama, nama Patani bukanlah nama yang asing. Ia nama sebuah negeri Islam terkenal di Thailanda Selatan, yang selama berbada-abad menjadi salah satu pusat keilmuan Islam di Semenanjung Melayu.

Sebenarnya, selain Patani setidaknya ada tiga provinsi lain di Thailand Selatan yang juga didiami kaum muslimin dari bangsa Melayu, yaitu Yala, Naratiwat, dan Songkla. Tetapi tampaknya Patani yang paling dikenal luas di negeri-negeri lain, bahkan hingga di Timur Tengah.

Banyak ulama Patani yang terkenal, karya-karya mereka pun banyak. Siapa yang tak kenal Syaikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, ulama Nusantara yang paling banyak menghasilkan karya fiqih dalam Madzhab Syafi`i? Ia ulama Nusantara pertama yang menulis fiqih Madzhab Syafi’i yang lengkap dalam seluruh judul kitab, bab, dan fasalnya, dengan kitabnya berjudul Hidayatul Muta`allim wa `Umdatul Mu'allim, yang ditulis tahun 1244 H/1828 M. Masih banyak lagi karya beliau.

Syaikh Daud bukan hanya satu-satunya ulama Patani yang terkenal dan yang menghasilkan karya-karya yang berbobot. Masih banyak nama besar yang lainnya yang tak cukup ruang di sini untuk menuliskan dan memmerincinya.

Di masa kini pun, tokoh-tokoh ulama Patani terus bermunculan melanjutkan estafet perjuangan para pendahlu mereka. Di antara tokoh ulama Patani sekarang yang dikenal luas di Thailand Selatan, bahkan meluas hingga negeri-negeri Melayu yang lain, adalah Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang.

Pertengahan bulan Februari yang lalu, selama sekitar 10 hari ia berada di Indonesia dalam rangka kunjungan dakwah dan silaturahim bersama beberapa ulama dan cendekiawan Thailand Selatan lainnya serta murid-murid mereka. Mereka mengunjungi beberapa tempat di Jawa, Sumatera, dan Kalimantan.

alKisah sempat mengikuti dua hari terakhir perjalanan Syaikh Ismail Sepanjang dan rombongan di Indonesia, yaitu Jum’at tanggal 17 Februari, saat mereka mengunjungi penerbit kitab Dar Al-Kutub Al-Islamiyah di Kalibata, Jakarta Selatan, dan Sabtu tanggal 18 Februari, ketika menemui K.H. Dr. M. Hasyim Muzadi di pesantren yang diasuhnya, Pesantren Al-Hikam, yang berlokasi di Beji, Depok, Jawa Barat. Keesokan harinya, Ahad pagi, rombongan kembali ke Thailand.

Sejak pertama kali melihatnya, alKisah sudah sangat tertarik dengan sosoknya. Penampilannya, gerak-geriknya, tutur katanya, dan akhlaqnya menggambarkan sosok ulama yang sebenarnya. Ketawadhu’an, ketenangan, dan kehati-hatian menjadi ciri pembawaannya yang paling menonjol. Ia tak mau terburu-buru mengomentari sesuatu atau bicara tentang sesuatu, apalagi yang tak perlu atau tak benar-benar diketahuinya. Tak tampak kesombongan atau kebanggaan dengan ilmu yang dimiliki. Paduan dari berbagai ciri pribadinya itu memunculkan kewibawaan yang alami, yang tak dibuat-buat.


Orang-orang juga akan merasakan sesuatu yang lain bila mendengarkannya berdoa. Sangat menyentuh perasaan, seolah kita sendiri yang sedang membacanya di keheningan malam. Kalau tak ada keikhlasan dalam dirinya, tampaknya orang tak akan merasakan demikian. Itulah yang alKisah rasakan, dan mungkin juga dirasakan oleh yang lainnya, ketika mendengarnya membaca doa di akhir silaturahim rombongan dengan K.H. Dr. Hasyim Muzadi.
Kalimat demi kalimat dalam doanya terangkai dengan rapi, dengan ungkapan-ungkapan yang tertata dengan sangat baik dan dengan penuturan yang fasih.
Sesungguhnya pilihan-pilihan katanya dalam doanya itu bukanlah kata-kata yang asing atau yang sangat memukau dari segi keindahan bahasa. Sebagian besarnya kalimat-kalimat biasa yang sering didengar orang. Namun doa yang sama jika dibawakan oleh orang lain mungkin tak akan sampai terasa sangat menyentuh sebagaimana ketika dibawakan olehnya.
Sama seperti orang yang membuat dan menyajikan makanan. Jenis makanan yang sama, dengan resep yang sama, dan dengan ukuran bahan-bahan yang persis sama pula, namun dibuat dan disajikan oleh orang yang berbeda, akan terasa berbeda di lidah orang yang menikmatinya.
Caranya dalam berdoa dan berbagai ciri kepribadiannya mengingatkan alKisah kepada sosok Al-Maghfurlah K.H. M. Syafi`i Hadzami.

Pencinta Kitab
Syaikh Ismail Sepanjang dilahirkan tahun 1955 di Dusun Panjang, yang termasuk daerah Jambu, salah satu daerah di Patani. Sedangkan Patani, atau dalam kitab-kitab disebut “Fathani”, adalah salah satu provinsi di Thailand Selatan. Sebagaimana diketahui, mayoritas penduduk wilayah Thailand Selatan adalah bangsa Melayu dan beragama Islam. Berbeda dengan wilayah-wilayah lain di Thailand, yang dihuni bangsa Siam yang beragama Buddha. Karena berasal dari Dusun Panjang, ia lebih dikenal dengan “Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang” atau “Baba Ismail Sepanjang”.
Ayahnya bernama Wan Umar bin Wan Abdul Lathif bin Wan Abdul Karim, sedangkan ibunya Siti Khadijah binti Ismail. Keduanya berasal dari Patani, hanya saja datuk-datuk ibundanya berasal dari Johor, Malaysia. Syaikh Ismail adalah anak bungsu dari tiga bersaudara, kedua kakaknya perempuan.
Sebagaimana ulama-ulama Patani dan ulama-ulama Nusantara lainnya, ia pun belajar di pondok-pondok setempat. Jika sebagian ulama Patani setelah menyelesaikan pelajarannya melanjutkan pendidikannya di Timur Tengah atau tempat-tempat lain di luar negeri, tidak demikian dengan Syaikh Ismail. Ia tidak belajar ke luar negeri. Pendidikannya hanya di pondok-pondok di Patani, namun dijalani dengan penuh kesungguhan, keikhlasan, dan dilalui dalam waktu yang lama.
Maka tak mengherankan jika hasilnya pun tak mengecewakan. Membanggakan. Meskipun produk lokal, keluasan dan kedalaman ilmunya dalam berbagai cabang ilmu-ilmu keislaman tak kalah dengan lulusan-lulusan Timur Tengah.
Sebelum mengikuti pelajaran di pondok-pondok, di masa kanak-kanak ia belajar di sebuah sekolah kebangsaan, setingkat sekolah dasar di Indonesia. Selama enam tahun ia mengikuti pelajaran di tingkat dasar itu, empat tahun di kampungnya sendiri dan dua tahun berikutnya di Kampung Tanjong.
Karena berada di wilayah Thailand, tentu saja para pelajar sekolah kebangsaan, selain mempelajari ilmu-ilmu umum sebagaimana di negara-negara lain, juga mempelajari hal-hal khusus yang berkaitan dengan negaranya, terutama bahasa dan sejarah Siam. Karenanya, meskipun dalam kehidupan sehari-hari masyarakat di wilayah Thailand Selatan berbicara dalam bahasa Melayu, mereka pun dapat berbahasa Siam.
Setelah menyelesaikan pendidikan dasarnya, barulah ia menimba ilmu di pondok-pondok di Patani. Pondok-pondok itu merupakan pesantren-pesantren tradisional yang hanya mempelajari ilmu-ilmu agama dengan mengkaji kitab-kitab turats (kitab-kitab lama, peninggalan ulama masa lalu). Sebagian pesantren tradisional di Indonesia juga masih banyak yang demikian.
Pertama-tama ia belajar di sebuah pondok di kampungnya yang didirikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Lathif bin Haji Abdur Rahim. Kurang lebih tujuh tahun ia menimba ilmu di sini. Setelah itu ia melanjutkan pengembaraannya dalam menuntut ilmu dengan belajar di sebuah pondok di daerah Mayong, masih di wilayah Patani juga.
Kitab-kitab yang dipelajarinya sebagian besar sama dengan yang dipelajari di pondok-pondok di Indonesia. “Saat mempelajari ilmu nahwu, kami membaca kitabMukhtashar JiddanAl-KafrawiAl-Kawakibud-Durriyyah, dan lain-lain. Sedangkan ketika mempelajari ilmu sharaf, kitab-kitab yang dibaca di antaranya Al-Kailani. Dalam ilmu tauhid, yang biasa dibaca adalah kitab-kitab seperti Kifayatul AwamJauharatut-TauhidTijan Ad-DarariFathul Majid, dan lain-lain. Untuk ilmu fiqih, di antaranya Fathul QaribHasyiyah Al-BajuriFathul Mu`inI`anatuth-Thalibin. Untuk ushul fiqh, di antaranya Al-Waraqat dan Al-Luma` . Bagi tingkatan yang lebih lanjut, membaca Jam`ul Jawami`. Ada juga yang mempelajari Irsyadul Fuhul. Kitab-kitab itu selalu dibaca dan dipelajari, seolah-oleh menjadi wirid bagi kami,” begitu Syaikh Ismail menyebutkan beberapa kitab yang dipelajarinya saat menuntut ilmu di pondok.
Setelah menikah dan menunaikan haji, Syaikh Ismail mendirikan pondok. Maka kemudian hari-harinya pun diisi dengan kegiatan keilmuan dan dakwah. Dan bukan hanya di pondok yang dipimpinnya, melainkan juga di tengah-tengah masyarakat muslim Thailand Selatan hingga negeri-negeri di sekitarnya. Di hari-hari tertentu ia mengajar di masjid-masjid di Patani yang dihadiri oleh ribuan umat.
Kabarnya, kalau ia mengajar, beberapa jam sebelumnya orang sudah berkumpul bersiap-siap mendengarkan pengajaran, fatwa-fatwa, dan nasihat-nasihat yang disampaikan olehnya.
Di tengah-tengah kesibukannya mengajar, Syaikh Ismail masih dapat menghasilkan karya-karya, baik tulisannya sendiri maupun terjemahan atau ringkasan dari kitab-kitab yang ada. Karya-karyanya, selain dipelajari oleh para santrinya dan jama’ah pengajiannya, juga banyak digunakan oleh masyarakat muslim pada umumnya. Bukan hanya di Thailand Selatan, melainkan juga di negeri-negeri lain.
Apa yang diraihnya kini, yakni keluasan dan kedalamannya dalam ilmu-ilmu keislaman, selain berkat kesungguhan dan keikhlasannya dalam menuntut ilmu serta doa dari orangtua dan guru-gurunya, juga tak terlepas dari kecintaannya kepada kitab-kitab. Kecintaan dan kegemarannya akan kitab-kitab sangat tampak dan ia sendiri juga menuturkannya.
Saat mengunjungi ruang pameran kitab Dar Al-Kutub Al-Islamiyah, secara bergurau ia menggambarkan kegemarannya itu. “Kami jika berada di toko kitab seperti ini tak ubahnya seperti perempuan-perempuan saat sedang berada di toko pakaian. Tak mau cepat-cepat beranjak.”
Begitu pun ketika sedang mendengarkan penjelasan Habib Alwi Abubakar Assegaf mengenai proses pentahqiqan kitab yang dilakukan di Darul Kutub Al-Islamiyah, ia mendengarkan dengan penuh perhatian. Sesekali ia memberikan komentar-komentar singkat yang menunjukkan kedalaman ilmunya.
Pengajaran-pengajaran, fatwa-fatwanya, dan nasihat-nasihatnya, bukan hanya dapat diikuti oleh kaum muslimin di Patani dan sekitarnya. Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, kita pun dapat mengikutinya di internet. Mudah bagi kita untuk mengakses pengajian-pengajiannya atau kitab-kitabnya di dunia maya.
Apa yang disampaikannya dan ditulisnya telah nyata memberikan manfaat besar bagi umat.
Semoga Syaikh Ismail Sepanjang serta para ulama Patani dan sekitarnya dapat terus melanjutkan perjuangan para pendahulu mereka yang telah berjasa besar dalam mengembangkan Islam dan menghidupkan ilmu-ilmu keislaman di Nusantara. Semoga Allah senantiasa memberikan kemudahan dan keberhasilan baginya dalam menjalankan tugas dakwah dan penyampaian ilmu-ilmu keislaman bagi muslimin di mana saja, terutama di Semenanjung Melayu.

Jumaat, 9 Mac 2012

Diriwayatkan oleh guru kami, Syeihk Dr. Muhammad Muhyiddin Al-qurosyiy :
Dahulu di Makkah Al-Mukarromah ada seorang pelajar (santri) yang menghafal kitab RAUDHATUT THALIBIN(kitab fiqh syafie), -yang berjumlah 8 jilid- akan tetapi walaupun beliau hafal di luar tetapi beliau tidak memahami apa yang ada dalam kitab besar ini, sampai digelar HIMAR RAUDHAH, kerana himar(keldai) itu membawa sesuatu tapi tidak tahu apa yang di bawanya, sangat kuat hafalannya sehinggakan apabila para ulama Makkah ada masalah fiqih meraka memanggilnya : “ya himar raudhah, ta’al” iqra' hazal bab"(wahai himar raudhah mari sini,baca bab ini)....maka dibacanya seperti membaca alfatihah...
Apabila merasa di hina oleh para pelajar dan ulama makkah beliau menangis di depan ka’bah dan berdoa agar di beri pemahaman akan ilmu fiqh, akhirnya Allah swt memberikannya pemahaman dan menjadikan dia ahli ilmu..Deriwayatkan juga oleh guru kami,berkata syeihk Ali bukair : tidak menjadi faqih seorang itu apabila megambil ilmu fiqh mentah – mentah(tanpa berusaha menggunakan akalnya).

Teringat satu hadis nabi saw bahawa sekiranya Allah swt berkehendak akan seseorang itu dengan kebaikan,maka Allah swt akan memberi faham akan dia dalam urusan agamanya..صدق رسول الله..

Allahuakbar..YA Allah rezekikan kepada kami kefahaman dalam agama kami,ajarkan kami apa yang kami jahil dan jauhkanlah kami dari ilmu yang tidak bermanfaat..bantulah kami dalam menuntut ilmu dan jadikanlah ilmu yang kau ajarkan kepada kami ilmu yang bermanfaat kepada kami dan orang lain..Amiin..


Selasa, 6 Mac 2012


                            Sekitar Ijtima' Tabligh di Sudan                                   

Bismillah wal hamdulillah..
Setinggi-tinggi pujian bagi Allah swt atas taufiq dan hidayahNya yang memandu hati-hati insan yang mengharapkan redhaNya dengan sentiasa istiqomah di atas jalan dan petunjuk kekasihNya Muhammad saw. Alhmdulillah atas taufiq dari Allah swt al-faqir dapat mengikuti ijtima' yg diadakan di Sudan.Di bawah ini beberapa gambar yang sempat diambil semasa ijtima'...Sekadar untuk dijadikan iktibar dan renungan kita bersama yang sering leka dan lalai dengan segala kemudahan yang ada.Mereka bersusah payah berdakwah dan menyeru orang ramai kepada Islam tetapi kita seronok dan bergembira dan ada juga yang sering menuding jari mencela dan menghina golongan-golongan yang ingin menyeru kepada kebenaran..insyaAllah mari sama-sama kita beri sokongan..kuatkan lagi jemaah bukan pisahkan..jom sama2 kita turun berdakwah..insyaAllah..Doakan juga jemaah-jemaah yang keluar ini semoga dipermudahkan urusan mereka dalam berdakwah...

                                                     Bayan subuh oleh Maulana ashfaq

                                                        Pemandangan dari hadapan