Selasa, 11 Oktober 2011

Menghadirkan Niat Dalam Ketaatan



قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنما الأعمال بالنيات                              

Maksudnya: Bersabda Nabi SAW: Hanyasanya setiap amal itu dengan niat.

Hadis ini merupakan antara hadis yang penting di dalam agama Islam kerana di atasnya tunjang Islam dan atasnya juga berjalan dan berputar hukum ahkam di dalam agama Islam.

Berkata Abu Daud: Sesungguhnya hadis ini إنما الأعمال بالنيات)) setengah daripada Islam kerana agama itu sama ada zohir iaitu amal perbuatan atau batin iaitu niat.

Berkata imam Syafie & Ahmad: Masuk di dalam hadis ini satu pertiga ilmu kerana seseorang hamba itu mendapat ia akan sesuatu hasil(ganjaran) sama ada dengan hati, lidah, dan anggota badannya.Adapun niat dengan hati itu merupakan satu daripada tiga bahagian tersebut.

Oleh kerana itu,kebanyakan ulama memulakan kitab-kitab karangan mereka dengan hadis ini diantaranya Imam Bukhari di awal kitab sohihnya dan Imam Nawawi di dalam Riyadul al-solihin, al-azkar, dan himpunan hadis 40 Imam Nawawi.

Antara faedah dimulakan hadis ini dipermulaan kitab adalah sebagai peringatan kepada para penuntut ilmu agar membetulkan niatnya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT dalam menuntut ilmu dan melakukan amal kebaikan.

Maka, sayogia bagi seseorang yang inginkan hasil(ganjaran) dalam ketaatannya menghadirkan niat dalam amal amal ibadatnya kerana niatlah yang menjadi tembok pembeza diantara adat dan ibadat.Misalnya 2 orang pemuda yang duduk di dalam masjid,seorang berniat iktikaf dan seorang lagi hanya duduk berehat tanpa sebarang niat. Lelaki pertama tadi diberi ganjaran atas duduknya itu kerana duduknya bernilai ibadat di sisi agama kerana disertai dengan niat manakala lelaki kedua tidak diberi sebarang ganjaran atas duduknya kerana duduknya kosong daripada niat dan adat semata-mata.

Jelas di sini bahawa niat mengangkat martabat sesuatu perkara adat itu kepada ibadat dan perhambaan kepada Allah SWT selama mana perkara itu bukannya perkara yang haram dan makruh.Maka,dengan niat tadi melayakkan seseorang itu mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Berkata Imam al-Baidhowi: Setiap amal itu tidak sah (tidak dikira sebagai ibadat) tanpa niat kerana niat tanpa amal itu diberi ganjaran atasnya dan amal tanpa niat seperti debu yang beterbangan.Misal niat di dalam amal seperti roh pada jasad, maka tidak akan kekal jasad tanpa roh dan tidak akan zohir bagi roh di dalam alam ini tanpa bersangkut dengan jasad.

Hendaklah seorang yang berniat menjaga dan membetulkan niatnya semata-mata kerana Allah SWT dan mengharapkan redha Allah SWT dalam setiap amalnya. Begitu juga dalam perkara-perkara yang dianggap remeh seperti makan,minum,tidur, dan seumpamanya kerana mereka yang berniat taat dalam perkara-perkara yang harus maka dijanji Allah SWT padanya dangan ganjaran pahala dan kebaikan.Contohnya seorang yang berniat untuk makan dan minum agar dirinya lebih kuat dalam beribadat dan tidurnya sebagai istirehat agar lebih cergas untuk beribadat kelak. Jadi, setiap niat yang diniatkan itu bernilai ibadat kerana niatnya itu merupakan ketaatan kepada Allah SWT.

Kesimpulannya,setiap amal itu di atas niatnya seperti yang disebut di dalam hadis di atas.Rebutlah peluang keemasan ini sebelum roh meninggalkan jasad kita.Mudah-mudahan,setiap detik dalam kehidupan kita di dunia ini bernilai ibadat di sisi Allah SWT dan mendapat husnul khatimah di akhir hayat kelak..


Tanbih

Adapun niat dalam perkara-perkara adat itu ianya hanya bersangkutan dengan perkara-perkara harus dan bukannya perkara yang haram dan makruh.Bukannya seperti yang didakwa oleh kebanyakan orang pada zaman ini dengan katanya: “biarlah tak solat yang penting hati baik”, “orang yang bertudung tak semestinya baik”, “biarlah apa pun yang kita buat yang penting hati baik”,dan bermacam lagi.

Kesemua kata-kata ini hanya bertunjangkan akal semata-mata dan nafsu yang inginkan keseronokan dan bukannya dengan payungan syariat yang ditetapkan. Mereka ini kosong daripada hujah dan akhirnya menggunakan akal dan nafsu sebagai perlembagaan bagi diri mereka untuk menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal.

Dakwaan bahawa “biarlah tak solat yang penting hati baik” sungguh pelik dan agak keterlaluan bagi mereka yang bergelar mukmin. Sedangkan kalau kita lihat dan perhati,Allah SWT sebutkan di dalam Al-Quran bahawa orang yang tidak solat itu tempatnya di neraka.Selain itu,disebut juga di dalam hadis-hadis Nabi SAW bahawa solat itu adalah tiang agama,pembeza diantara kekufuran dan syirik, dan merupakan sepenting-penting urusan di sisi Rasulullah SAW.Maka timbul pertanyaan di sini, adakah kata-kata ini diterima di hadapan Allah SWT?Adalah hati seseorang itu dikira baik dengan mengingkari suruhan Allah SWT?Atas timbangan mana kamu mengukur hati kamu dan seseorang itu baik atau buruk?

Begitu juga dengan dakwaan “orang yang bertudung tak semestinya baik”.Apakah punca atau sebab kalimah seperti ini dilontarkan kepada mereka yang bertudung?
Adakah untuk membenarkan perbuatan kamu yang tidak bertudung atau sekadar menyakiti hati golongan muslimah di luar sana?Baik,jika kamu mengatakan orang yang bertudung itu tidak semestinya baik.adakah diri kamu yang tidak bertudung itu dikira baik?Jika kamu katakan ianya baik,mengapa Nabi SAW sebutkan di dalam hadis mengenai seksa mereka yang tidak bertudung?Adakah perintah Allah SWT itu perlu dilaksanakan apabila seseorang itu baik hatinya?Adakah baik hati itu syarat untuk menutup aurat dan melaksanakan perintah Allah yang lain?Bukankah menjadi kawajipan untuk melaksanakan perintah Allah SWT adalah bagi mereka yang sampai usia taklif?

Bertaubatlah wahai insan yang pernah mengucapkan sedemikian walau sekali dalam kehidupan.Berimanlah dengan yang segala diturunkan Allah di dalam al-quran sepenuhnya dan bukan sebaliknya atau mengambil sebahagiannya sahaja.Semoga kita diberi taufiq dan hidayah Allah SWT dan sentiasa berada di dalam i’nayah-Nya..

Aminn…

Isnin, 5 September 2011

Himpunan Keluarga Tuan Guru Hj Hitam



Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah,setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt yang bersifat dengan sifat-sifat kamal(kesempurnaan), jamal(kecantikan), dan jalal(kemuliaan).Maha suci Allah daripada segala kekurangan.Dialah Allah yang bersifat dengan ar-Rahman,ar-Rahim, ar-Razzaq dan sifat-sifat yang lain yang menunjukkan atas kesempurnaan,kecantikan dan kemulianNya.Dan dengan sifat inilah Allah swt melimpahkan akan rahmat dan rezekiNya kepada para hambaNya.

Alhamdulillah,atas taufiq dan inayah Allah swt,pada 2 syawal 1432 bersamaan 31 Ogos 2011 telah berlansung satu perhimpunan keluarga Tuan Guru Hj Hitam di surau pondok tanjung bedil.Setelah beberapa tahun perhimpunan keluarga ini tidak diadakan,kini dimulakan kembali dan mudah-mudahan diteruskan dan dijadikan aktiviti sepanjang tahun untuk mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga dan saudara mara. Di samping itu, dapat berkenalan sesama ahli keluarga yang mungkin kita terlepas pandang sebelum ini dan juga mengenali ahli baru di dalam keluarga Tuan Guru Hj Hitam.


Majlis bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang.

                                    Majlis dimulakan oleh Ahmad Zabidi(pak Ngah Bidi)
                                    dengan bacaan al-Fatihah kepada TG Hj Hasyim

                           Diikuti dengan bacaan yasin & tahlil kepada Allahyarham TG Hj Hitam,TG Hj  
                                    Hasyim,isteri-isteri & anak-anak yg dipimpim oleh Ahmad Ludin(Pak Teh Onn) 

                                                          Mengaminkan doa
                                               

                                            Sedikit ucapan daripada Pak Long Man


                                                        Sesi makan-makan


                                                   Nasi Arab turut disediakan





                                      Sebahagian daripada keluarga Tuan Guru Hj Hitam



                                                         Kaum Adam

                                                          Kaum Hawa                                                                





(masih dikemaskini)

Jumaat, 2 September 2011

Tribut Rindu Buat Murabbi


                                             

Tuan Guru Hj Hasyim,Mudir Pondok Pasir Tumboh,Kelantan
Dilahirkan di Seberang Pantai Johor,Alor Setar,Kedah pada tahun 1923M.

Pastinya kemeriahan dan kegembiraan 1 syawal menjadi sedikit suram dengan berita kematian tokoh besar ini.Nama yang tidak asing lagi di kalangan pelajar-pelajar pondok dan penuntut ilmu.

Merupakan teman yang bersama Tuan Guru Hj Hitam satu ketika dahulu dalam perjalanan mereka ke Mekah untuk menuntut ilmu.Gigih dan istiqomah dalam menuntut ilmu semenjak usianya masih muda dan juga dalam menyampaikan ilmu agama sehingga ditimpa penyakit yang menghalang beliau daripada terus mengajar. Penyakit yang dialaminya berterusan sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Syawal 1423H,30 Ogos 2011 jam 1.10 tgh hari.Seorang yang sangat berjasa dalam mengembangkan ajaran Islam di Malaysia khususnya di negeri Kelantan.

                          Tuan Guru Hj Hasyim ketika diziarahi sepupu dan saudara mara pd thn 2005    


                                     Tuan Guru Hj Hasyim sedang berbual dgn sepupu beliau

                                Kenangan sewaktu menziarahi TG Hj hasyim pd tahun 2005
                                           Alhmdulillah,diizinkan Allah utk bertemunya ketika hayat beliau


                                                     Tuan Guru pada tahun 2005

Beliau juga sering dikunjungi oleh ulama-ulama dari dalam dan luar negara:

                                                                            Tuan Guru Hj Hadi
                                                        Tn. Guru Nik Abd Aziz
                             
                                                                          Syeikh Nuruddin

                                                                            Habib Omar

                                                               Sayyid Ahmad Alawi & Baba Aziz Fathoni

                                           Seorang maulana dari India turut menziarahi TG
                                                        

Kini segalanya tinggal kenangan.Seorang lagi tokoh ulama telah meninggalkan kita.Sesungguhnya Allah SWT mengangkat ilmu itu dengan mematikan alim ulama.Maka,manfaatkanlah dan ambillah peluang dengan masa yang diberikan Allah SWT dengan mendampingi para ulama yang masih ada.Ambillah saki baki ilmu yang masih ada.Mudah-mudahan kita beroleh kebaikan dunia dan akhirat dan dapat mengikuti jejak mereka yang merupakan waris para nabi..Sama-samalah kita hadiahkan al-fatihah dan doa kepada TG Hj Hasyim..


                                            Jenazah Tuan Guru Hj hasyim sedang diusung


                               Orang ramai memasukkan jasad TG Hj Hasyim ke dalam liang lahad


Al-Fatihah....

Rabu, 31 Ogos 2011

Tuan Guru Hj Hasyim Pasir Tumboh dalam kenangan ...


                     
Biodata :
Nama      : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir    : 1923M
Pendidikan :


  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
    6-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.


( Gambar keanangan semasa ziarahi Allahyarham Tn Guru bulan 3 .2011)

Perkhidmatan :
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir  setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4. Menerima anugerah gelaran Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010

Meninggal dunia
Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang..al-Fatihah

Jenazah Tn Guru diusung masuk kedalam Masjid Pondok Pasir Tumboh 
oleh ribuan pelajar

 Janazah didalam rumah sebelum dibawa keluar jasad guru mulia ke Masjid 
 Orang ramai merebtkan peluang terakhir menziarahi an memberi penghormatan terakhir buat guru mulia
 DYMM SULTAN MUHAMMAD , Sultan Kelantan menghadiri solat jenazah Tn Guru
Raja Muda Kelantan turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Tn Guru 

 Ribuan orang solat jenazah

MB KELANTAN , TN GURU DATO HJ NIK AZIZ IMAM SOLAT JENAZAH TOK AYAH HASYIM 


RAJA KELANTAN , RAJA MUDA KELANTAN SOLAT JENAZAH TN GURU HJ HASYIM 




Jasad ulama telah dikembalikan kepada Allah SWT .
Allah tidak mencabut ilmu dari dada ulama kecuali mematikan ulama itu ...
ALLAHUAKBAR telah ramai tokoh ulama yang berkat-berkat telah kembali bertemu Allah ! 
Sinar cahaya kian malap , lampu demi lampu telah terpadam hanya tingga saki baki . Rebutlah peluang menuntul ilmu dari tokoh-tokoh ulama tua yang masih lagi tinggal . Jangan buang masa kelak kita menyesal ...
Pesan buat diri dan saudara yang dikasihi 
AL FATIHAH buat TOK AYAH HASYIM


dipetik dari pondoktauhid.blogspot.com


Khamis, 11 Ogos 2011

Kembara Ramadhan di Kampung At-Taqenah,Sudan



Bismillahi wal Hamdulillah..

Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah SWT atas segala nikmat yang tidak terkira banyaknya, dan dengan belas ihsanNya kepada hambaNya, mempertemukan kita dengan ramadhan pada kali ini yang merupakan nikmat yang sangat besar yang sayogianya setiap insan yang bergelar muslim mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin untuk mengutip modal di dunia ini agar kaya dengan rahmat Allah SWT di akhirat kelak, dan dengannya membolehkan kita menduduki syurga Allah SWT.


Alhamdulillah,tahun ini alfaqir berpeluang menyertai program ‘Kembara Ramadhan’ yang dijalankan oleh pihak surau petronas di sudan.Program ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat miskin di sudan di samping berbuka puasa bersama mereka dan mengeratkan hubungan silaturrahim.Secara tidak lansung,program ini mengajar diri ini erti bersyukur dengan setiap benda yang dimiliki dan sentiasa melihat orang yang lebih bawah dan susah keadaannya dalam setiap urusan .Inilah kaedah yang diajarkan Rasulullah SAW di dalam kehidupan. Memandang kepada yang lebih rendah dan susah dalam urusan dunia dan memandang tinggi kepada sesuatu yang berkaitan dengan akhirat.Dengan ini seseorang itu akan lebih bersyukur dan bertambah ibadat dan amalnya kepada Allah SWT..

Gambar ketika berada di kampung at-taqenah


                                Pelajar-pelajar khalwah at-taqenah sedang bergambar





                 Seorang penduduk mengisi air di dalam zir utk diberikan kepada orang ramai
                 Secara percuma.(xramai orang nak buat macam ni kat Malaysia)


                                                          

                                                                   Suasana kampung at-taqenah



                                                                 Anak-anak kampung at-taqenah



                                            Bergambar bersama penduduk kampung
     

                  Keadaan rumah di kampung kenanah.Hidup dalam keadaan dhaif & miskin
 








            Suasana sebelum berbuka.Pelajar-pelajar khawah menunggu juadah berbuka puasa
           



                                                                 5 minit sebelum berbuka puasa

                                                         Juadah berbuka puasa
 

               Pelajar-pelajar  mengulang al-quran setelah selesai menunaikan solat maghrib


Moga Ramadhan tahun ini dapat mendidik hati dan jiwa kita menjadi hamba Nya yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat Nya..Ameen