لقد خلقنا الاءنسان في أحسن تقويم..ثم رددناه أسفل سافلين..الا الذين امنوا وعملوا الصالحات فلهم أجرغيرممنون...
Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dalam bentuk yg sebaik-baiknya(& berkelangkapan dgn keadaannya).Kemudian(jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakn kelengkapan itu)Kami kembalikan ia ketempat yg serendah-rendah peringkat orang yg rendah.Kecuali orang2 yg beriman & beramal soleh,maka mereka beroleh pahala yg tidak putus2.....(at-Tin:4-6)
Dengan cahaya iman manusia akan mencapai darjat yg paling tinggi di antara yg tertinggi & dgn ini dia tlh melayakkn dirinya utk masuk ke dalam syurga.Sebaliknya,kegelapan,kekufuran menjatuhkan manusia ke peringkat yg paling rendah & hina,sehingga dia layak sekali masuk ke dalam neraka jahannam.Iman menghubumgkan manusia dgn penciptanya Yg Maha Agung dgn ikatan yg teguh.Dgn keimanan,manusia mncapai martabat yg tertinggi melalui penjelmaan seni Ilahi & ukiran al-Asma al Husna pd dirinya.Manakala kekufuran memutuskn hubungan suci ini sehingga seni ciptaan Allah yg ada pd manusia td akan jatuh ke tahap nilai materialnya sahaja,sedangkn pd hakikatnya material yg terdapt pd diri manusia itu lansung tidak mempunyai nilai,kerana ia akan binasa,hilang & kehidupannya adalah kehidupan kehaiwanan yg semntara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan