Rabu, 22 Februari 2012

             Ijtima' Tonggi 13 Jan 2012 (Jumaat)
                 Selepas Maghrib - MaulanaSaad


1. Sahabat buat halaqah-halaqah iman di masjid dan pergi jumpa sahabat-sahabat lain. Abdullah Bin Rawahah, Muadz Bin Jabal, Umar Bin Khattab dan lain-lain lagi.Sahabat-sahabat lain Tanya Rasululullah SAW apa yang sahabat Abdullah Bin Rawahah buat sedangkan mereka telah beriman. Rasulullah s.a.w beritahu bukannya sahabat Abdullah Bin Rawahah suruh beriman sekali lagi tapi dengan halaqah-halqah iman ini akan menarik rahmat dari Allah s.w.t. Hari ini kita tidak memandang usaha atas halaqah-halqah iman ini penting sebab kita telah lupa atau tinggalkan perkara ini.

2. Nabi saw bersabda banyakkan ucap Lailahaillah, dalam halaqah iman benda ini dituntut dan kena beriman dengan makksud dan hakikat iman. Dan buat ghast(ziarah) dan kena bagi tau tentang Allah swt, menceritakan tentang Allah swt dan bawa kepada amal.Belajarlah iman dari nabi Allah Ibrahim a.s..Selagi umat ini tidak mengenepikan kebesaran makhluk selagi itu tak dapat hakikat iman. Dalam masa yang sama, Allah memuji orang yang buat usaha atas iman. Jibrail a.s datang berjumpa nabi Ibrahim a.s dan nabi Ibrahim a.s bagitau cukuplah Allah bagi diriku(kisah nabi Ibrahim a.s ketika hendak dibakar). Allah terus bantu nabi Ibrahim a.s sebab iman/yakin nabi Ibrahim a.s terus kepada Allah dan bukan makhluk. Allah telah wahyukan kisah-kisah nabi-nabi terdahulu kepada nabi Muhammad s.a.w. Bantuan Allah sentiasa datang kepada nabi-nabi dan rasul-rasul. Kita kena buat dakwah ceritakan kebesaran Allah s.w.t supaya dapat hakikat iman.Bawa orang keluar dari suasana pekan atau pasar kepada suasana iman.

3. Apa yang ada diantara langit dan bumi, bergerak dengan perintah Allah. Kalau semua nabi-nabi berkumpul dan usaha untuk bagi hidayah pada seseorang mengikut masa dakwah yang mereka buat maka tidak dapat bagi hidayah kalau tidak ada kehendak dari Allah swt.Nabi Muhammad s.a.w tidak sebut insyaAllah pun ditegur oleh Allah swt. Semua kena mengkikut kehendak Allah s.w.t. Allah s.w.t telah beri kepada nabi Sulaiman a.s sebab yang tidak pernah beri pada orang lain,iaitu semua ikut perintah nabi Sulaiman a.s. Kita tidak boleh buat apa-apa pun melainkan mengikut kehendak Allah s.w.t. Sulaiman a.s berniat menggauli 100 isterinya atas niat ingin melahirkan pejuang/mujahid dalam agama tapi tak sebut insyaAllah dan akhirnya seorang pun tak lahir Cuma lahir cacat.Satu orang isteri nabi Sulaiman a.s mengandung tapi cacat. Jadi, dari kisah nabi-nabi dan rasul-rasul, kita dapat belajari iman.Dalam kisah nabi Yusuf a.s, seorang khadam bagi minum orang dalam penjara dan nabi Yusuf a.s minta tolong dengan khadam supaya raja keluarkan nabi Yusuf a.s dari penjara tapi tak sebut insya Allah dan lupa pada Allah,dan raja lupa tentang nabi Yusuf a.s. Nabi-nabi pun ditegur oleh Allah apabila tidak ingat Allah swt. Semua mengikut kehendak Allah swt.

4. Satu sebab untuk menguatkan iman,kisah nusrah(pertolongan) Allah swt yang datang kepada sahabat-sahabat, kisah-kisah bertentangan dengan zahir yang berlaku pada sahabat yang dibuat melalui amal. Bantuan ghaib yang datang daripada Allah s.w.t kepada sahabat-sahabat dan bersama-sama iman dan amal soleh.Kalu umat ini tinggalkan dakwah maka umat ini akan tertidak(terhalang) dari nusrah Allah swt. Mengikut hadis nabi, Allah berurusan dengan hambanya mengikut keyakinan hambanya.Kisah Abu Dardar r.a. mengenai rumahnya yang terbakar, zahir pandangan mata rumahnya terbakar, tapi Abu Dardar yakin perkhabaran Rasulullah s.a.w tentang doa keselamatan dari Rasulullah s.a.w. Kisah-kisah tentang sahabat-sahabat dapat nusrah dari Allah swt akan meningkatkan iman. Apabila umat ini tinggalkan dakwah maka yakin tidak akan terbentuk dan tanpa yakin yang sempurna, maka tidak dapat nusrah. Tanpa yakin yang sempurna kepada Allah swt maka tidak dapat bantuan Allah.

5. Dan sebab kekuatan iman yang lain ialah cerita tentang alamat-alamat orang beriman dan orang munafik. Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w apa itu iman, Rasulullah s.a.w bersabda: kalau kamu berbuat kebaikan kamu gembira dan kalu berbuat dosa berasa sedih. Tuntutan iman ialah beramal dengan perintah Allah swt. Dan iman itu tempat amalan dan Islam ialah tempat zahir bagi iman. Orang munafik, kalu susah datang kepada kekufuran dan kalau senang datang pada agama. Allah berfirman ada orang Islam yang berada di tepi-tepi sahaja(cender, tapi apabila musibah datang, mereka berpaling dan mereka rugi dunia dan akhirat.Cerita orang munafik dalam Al-quran adalah untuk kita dengar dan tahu.Alamat-alamat iman ini kita kena cerita. Bukan orang beriman kalau buat amalan munafik, bayan (perjelas) iman dengan alamat-alamat iman. Dengan demikian kita tahu kelemahan iman kita dan berusaha atas iman kita.

6. Allah telah jadikan dakwah sebagai sebab. Mereka yang buat usaha atas iman tidak akan murtad. Daei orang yang berdakwah tidak akan murtad. Kisah Huzaifah r.a yang ditawar separuh kerajaan Rom pun tidak sanggup tinggalkan agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hari ini kepentingan agama telah keluar sebab kita telah tinggalkan dakwah dan tinggalkan pengorbanan untuk agama. Apabila sahabat buat pengorbanan maka tidak ada satu sahabat keluar agama.Dengan dakwah, Allah swt letakkan perubahan iman dan suasana.Hidayah akan datang mengikut kehendak Allah s.w.t. Umat ini telah diperintah untuk beribadat kepada Allah begitu juga umat ini telah diperintahkan oleh Allah swt untuk buat dakwah. Tuan-tuan yang mulia, dengan ini kita kena istiqamah dalam agama dan menentang perkara batil. Setiap umat ini kena buat dakwah dan amal keseluruhan agama. Sahabat-sahabat pergi semua peperangan kecuali tiga orang sahabat. Dalam peperangan Tabuk, masa pemilihan sesiapa yang keluar dan tidak keluar.   Tiga sahabat ini bertangguh, sehinggalah Rasulullah saw balik. Mereka telah dipulau.Seorang sahabat telah ditawar oleh Raja (Ghasan) kafir untuk tukar agama.Mereka berada di khairul kurun dan sahabat nabi, sehingga orang kafir telah ajak mereka keluar dari agama.Penuh dalam Al-Quran cerita tentang pentingnya umat ini buat dakwah dan keluar dijalan Allah s.w.t. Ulama telah menulis banyak kisah-kisah, apa yang berlaku kepada mereka yang tinggal usaha agama. Orang yang berdakwah kepada yang haq, dia tidak akan didakwah benda yang batil.

7. Nabi s.a.w telah jadikan umat ini keluar secara tunai. Perang Badar, ada sahabat zahir nak ambil unta, Rasulullah s.a.w bagi tau untuk perang, sahabat terus keluar untuk perang. Umat ini perlu melihat dengan teliti kelebihan keluar di jalan Allah swt. Semangat umat ini kena sama seperti semangat sahabat nabi keluar dijalan Allah swt baru kita dapat seperti sahabat nabi dapat. Abdullah Bin Rawahah tanya boleh tak dapat ganjaran seperti mereka keluar dijalan Allah swt, Rasulullah s.a.w bagi tau kalau dikumpul seluruh harta dan dibandingkan dengan mereka yang khuruj(keluar di jalan Allah swt) pun tak sama. Sebab berlaku kemurtadan sebab umat ini tidak bawa agama ini keluar keseluruhan alam dan kita menuju kepada kesesatan. Jadi saya seru semua majmak(yg berada di perhimpunan besar ini) supaya hayati Hayatus Sahabah dan Muntakhab Ahadits. Kalau di depan kita tidak ada kisah sahabat-sahabat tentang kepentingan keluar di jalan Allah maka kita jadi seperti persatuan atau institusi.Nabi ajar kita keluar tunai kerana salah satu cara untuk istiqamah dalam amal agama ialah khuruj di  jalan Allah swt.

8. Kita kena niat dan buat dengan diri kita sendiri, setiap umat bertanggung- jawab. Usaha ini kena dibuat dengan niat dan tabiat sahabat. Siapa sedia tunai(khuruj)?(panggilan untuk keluar dakwah)

Ahad, 19 Februari 2012


TERKINI: PEMBATALAN SEMUA MAJLIS BERSAMA TUAN GURU HJ. ISMAIL SEPANJANG AL-FATHANI

TERKINI: PEMBATALAN MAJLIS BERSAMA TUAN GURU BABA HAJI ISMAIL SEPANJANG
OLEH KERANA KEUZURAN TUAN GURU BABA HJ ISMAIL SEPANJANG AL-FATHANI, MAKA SEMUA MAJLIS DIBATALKAN. 

BELIAU HANYA AKAN HADIR SATU MAJLIS SAHAJA IAITU MALAM INI, 19 FEB 2012 (AHAD MALAM ISNIN) DI SURAU AL-ANSAR,JALAN SUAKASIH 2/3, BANDAR TUN HUSSIN ONN CHERAS. 

MANAKALA PROGRAM DAURAH DI KUIS, INSYAALLAH AKAN DITERUSKAN BERSAMA DENGAN TUAN GURU HAJI ABDUL RAHIM, SUNGAI JAGUNG, PENDANG, KEDAH.



Sumber:http://majlisilmu.blogspot.com

Khamis, 16 Februari 2012

HEBAHAN

Bismillah wal hamdulillah..
InsyaAllah,daurah kitab jauharah tauhid akan diadakan pada tarikh dan waktu seperti yang tertera di bawah.




Jangan lepaskan peluang..Jarang sekali Baba Eil Sepanjang datang ke Malaysia..Mudah2an beroleh manfaat dengan kehadiran beliau dan menambah lagi ilmu dan kefahaman kita.

Selasa, 7 Februari 2012


 Bismillah wal hamdulillah..
 InsyaAllah sedikit perkongsian mengenai Ijtima' Tonggi yang diadakan pada bulan lepas yang 
 al-faqir dapat daripada seorang teman yang menghadiri ijtima' tersebut.Mudah-mudahan bermanfaat.               

                 Ijtimak Tonggi 13 Januari 2012(jumaat)
                         selepas Asar-Maulana Zubir

Allah SWT meletakkan kejayaan dalam usaha.Oleh kerana itu, Allah   SWT memberi kemampuan kepada manusia untuk berusaha.Usaha yang baik akan mendatangkan kebaikan dari Allah swt dan usaha yang jahat akan mendatangkan musibah dari Allah swt.

Orang yang paling cerdik ialah orang yang buat usaha untuk kehidupan akhirat.
Allah swt beri kepada kita 2 tanggungjawab, pertama ialah kita adalah hamba Allah swt dan kedua ialah kita adalah umat nabi Muhammad swt.

Allah swt telah beri kerja yang mudah, yang sangat mahal kepada manusia, iaitu mengajak manusia kepada Allah swt.Bawa manusia kepada Allah swt dan asbab kerana itu Allah swt akan beri ganjaran yang besar di akhirat.

Hari ini kita sentiasa cakap kebesaran makhluk sedangkan Allah swt tidak memandang kepada makhluk.Kalau kita berkehendak kudrat Allah swt maka kita kena bawa diri kita kepada Allah swt.Hari ini kita kena bawa kepada kudrat Allah swt.Kita kena usaha supaya kita yakin Allah Maha Kuasa dan makhluk tidak ada kuasa.

Hari ini manusia sibuk membina dunia, sedangkan kejayaan manusia bukan bergantung kepada dunia yang kita bina.Hari ini dalam kerja agama kita boleh lihat bagaimana dunia terbina dan kehidupan akhirat terbina dan bagaimana kita selamat kehidupan dunia dan akhirat.

Hari ini dimana-mana pun ada musibah yang menimpa manusia,kita berusaha untuk keluar daripada musibah-musibah ini,tapi hari demi hari musibah semakin bertambah, sebab usaha kita sangat  lemah. InsyaAllah hari ini kita kena usaha supaya kita laksanakan tanggung- jawab agama yang Allah swt perintah supaya Allah swt jauhkan daripada musibah-musibah ini.

Maka kerana itu seluruh orang yang berkumpul di sini dan di luar kena azam untuk buat usaha ini dan selamatkan dari seksa Allah swt di akhirat.
Dan kita minta dengan Allah swt dan Allah swt sentiasa memberi. Allah swt tidak pernah mensia-siakan doa kita.Kita kena buat kerja mengikut  kemampuan kita dan Allah swt akan beri mengikut pengorbanan.Semoga Allah swt terima setiap individu dalam usaha agama dan selamatkan setiap individu dari azab Allah swt.

Kita minta hidayah daripada Allah swt untuk setiap individu umat.Kita minta cinta daripada Allah swt,cinta daripada Nabi saw. Dan kita sibukkan diri kita dengan doa(kemudian para jemaah berdoa).


InsyaAllah bayan-bayan yang lain akan menyusul..Mohon doa agar dipermudahkan segala urusan...