Bismillah wal hamdulillah..
InsyaAllah sedikit perkongsian mengenai Ijtima' Tonggi yang diadakan pada bulan lepas yang
al-faqir dapat daripada seorang teman yang menghadiri ijtima' tersebut.Mudah-mudahan bermanfaat.
Ijtimak Tonggi 13 Januari 2012(jumaat)
selepas Asar-Maulana Zubir
Allah SWT meletakkan kejayaan dalam usaha.Oleh kerana itu, Allah SWT memberi kemampuan kepada manusia untuk berusaha.Usaha yang baik akan mendatangkan kebaikan dari Allah swt dan usaha yang jahat akan mendatangkan musibah dari Allah swt.
Orang yang paling cerdik ialah orang yang buat usaha untuk kehidupan akhirat.
Allah swt beri kepada kita 2 tanggungjawab, pertama ialah kita adalah hamba Allah swt dan kedua ialah kita adalah umat nabi Muhammad swt.
Allah swt telah beri kerja yang mudah, yang sangat mahal kepada manusia, iaitu mengajak manusia kepada Allah swt.Bawa manusia kepada Allah swt dan asbab kerana itu Allah swt akan beri ganjaran yang besar di akhirat.
Hari ini kita sentiasa cakap kebesaran makhluk sedangkan Allah swt tidak memandang kepada makhluk.Kalau kita berkehendak kudrat Allah swt maka kita kena bawa diri kita kepada Allah swt.Hari ini kita kena bawa kepada kudrat Allah swt.Kita kena usaha supaya kita yakin Allah Maha Kuasa dan makhluk tidak ada kuasa.
Hari ini manusia sibuk membina dunia, sedangkan kejayaan manusia bukan bergantung kepada dunia yang kita bina.Hari ini dalam kerja agama kita boleh lihat bagaimana dunia terbina dan kehidupan akhirat terbina dan bagaimana kita selamat kehidupan dunia dan akhirat.
Hari ini dimana-mana pun ada musibah yang menimpa manusia,kita berusaha untuk keluar daripada musibah-musibah ini,tapi hari demi hari musibah semakin bertambah, sebab usaha kita sangat lemah. InsyaAllah hari ini kita kena usaha supaya kita laksanakan tanggung- jawab agama yang Allah swt perintah supaya Allah swt jauhkan daripada musibah-musibah ini.
Maka kerana itu seluruh orang yang berkumpul di sini dan di luar kena azam untuk buat usaha ini dan selamatkan dari seksa Allah swt di akhirat.
Dan kita minta dengan Allah swt dan Allah swt sentiasa memberi. Allah swt tidak pernah mensia-siakan doa kita.Kita kena buat kerja mengikut kemampuan kita dan Allah swt akan beri mengikut pengorbanan.Semoga Allah swt terima setiap individu dalam usaha agama dan selamatkan setiap individu dari azab Allah swt.
Kita minta hidayah daripada Allah swt untuk setiap individu umat.Kita minta cinta daripada Allah swt,cinta daripada Nabi saw. Dan kita sibukkan diri kita dengan doa(kemudian para jemaah berdoa).
InsyaAllah bayan-bayan yang lain akan menyusul..Mohon doa agar dipermudahkan segala urusan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan