Tok Bermin adalah merupakan seorang ulama yang sangat tegas menentang kemasukan Kaum Muda di wilayah Fathani. Nama sebenar beliau ialah Haji Wan Ahmad bin Wan Idris al-Fathani. Beliau dilahirkan di Kampung Binjai, Mukim Binjai Lima, Fathani pada tahun 1290H/1873M[1]. Beliau adalah merupakan shahabat rapat kepada Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf Haji Ahmad al-Kelantani (atau lebih dikenali dengan nama Tok Kenali) dan Haji Muhammad Hussin bin Abdul Lathif al-Fathani (atau lebih dikenali dengan nama Tok Kelaba). Dan mereka bertiga merupakan murid-murid yang rapat dengan ulama besar Melayu yang menetap di Mekah iaitu al-‘Alim al-‘Allamah Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.
Pendidikan
Sebelum berangkat ke Mekah, Tok Bermin menimba ilmu diberapa buah pondok di Fathani, antaranya:
- Pondok Beting
- Pondok Semela
berguru dengan Tok Semela Tua iaitu Tuan Guru Haji Wan Ahmad Semela.
- Pondok Bendang
Daya berguru kepada Tok Bendang Daya II
- Pondok Tok
Raja Haji, Jambu Fathani
Ketika di Mekah
Tok Bermin belajar dengan ramai ulama, antaranya:
- Tok Yaman – iaitu seorang anak watan Fathani yang
baru kembali dari Yaman dan menjadi kepala telaah kepada pelajar-pelajar
yang baru memulakan pengajian di Mekah.
- Tok Cik Wan
Daud bin Mustafa al-Fathani - kepada ulama ini beliau banyak memgambil
ilmu.
- Syaikh Wan Ahmad
al-Fathani – Tok Bermin, Tok Kenali dan Tok Kelaba adalah murid-murid
kesayangan Syaikh Wan Ahmad. Dan mereka bertiga juga merupakan khadam
berkhidmat kepada guru kesayangan mereka ini.
- Syaikh Nik Mat
al-Fathani
- Syaikh ‘Ali Maliki dan lain-lainnya
Membuka
Pondok
Setelah tamat menuntut ilmu di Mekah, Tok
Bermin kembali ke Fatani sebagai seorang yang ‘alim khususnya dibidang fiqh. Beliau membuka pondok di Kampung Atas Beris, Mukim Bermin. Dari sinilah
beliau mendapat gelaran ‘Tok Bermin’. Seterusnya pondok ini dikenali sebagai
Madrasah Nur al-Islam al-Barminiyah. Pada zaman puncak kegemilangan (disekitar
tahun 1920an – 1940an), pondok Bermin memiliki sejumlah 800 buah pondok yang
dilengkapi dengan pasarnya sendiri untuk kemudahan anak-anak pondok membeli
barang keperluan. Ini membuatkan Pondok Bermin termasuk di dalam pondok yang
sangat dihormati dan mendapat tempat dihati masyarakat Fathani. Diantara kitab-kitab
yang diajar [berdasarkan maklumat dari wawancara dengan salah seorang
muridnya] oleh Tok Bermin adalah:
- Feqah - Tahrir, Fathul Qarib, Bajuri, I’anah
at-Tholibin, Bujairimi, Mughni al-Muhtaj, Iqna`,Fathul Wahab dan Mahalli
- Usuluddin – Bakurah, Kifayatul Awwam, Bajuri,
Hudhudi, Abdussalam, al-Muktadi Syarh Syarqawi (biasanya di sebut Suhaimi)
dan matan Jauharah
- Tafsir –
Tafsir Jamal Syarh Jalalain
- Nahwu – Mughni
Labib dan Ibn ‘Aqil
- Tasauf – Hikam
Ibn ‘Athoillah, Sairus Salikin dan Minhajul ‘Abidin
Murid-murid Tok Bermin
Pondok Bermin telah melahirkan ramai generasi ulama. Ini mencerminkan kejayaan Tok Bermin dalam mendidik seterusnya melahirkan generasi penerus institusi pondok dimana ada dikalangan murid beliau juga membuka pondok. Antara murid-muridnya:-
Pondok Bermin telah melahirkan ramai generasi ulama. Ini mencerminkan kejayaan Tok Bermin dalam mendidik seterusnya melahirkan generasi penerus institusi pondok dimana ada dikalangan murid beliau juga membuka pondok. Antara murid-muridnya:-
- Haji Hasan bin
Muhammad Amin atau dikenali dengan nama Haji Hasan Mak Enggol – membuka
pondok Mak Enggol. Pondok ini juga masyhur.
- Haji Abdullah
Titi – membuka pondok di kampung Pial
- Haji Abdul
Qadir Bendang Ramah – meneruskan pondok mertuanya di Bendang Ramah
- Haji Ismail
Semela - beliau membuka pondok di kampnug Semela.
- Haji Abdullah Bendang Kebun – membuka pondok Bendang
Kebun.
- Tuan Chik
Bendang Siring, Pujud (menantu Tok Bermin)
- Haji Ismail
Getah Cambah
- Haji Mat
Terengganu (dari beliaulah senarai kitab-kitab yang diajar oleh Tok Bermin
diperolehi) – beliaulah yang menjadi penerus pondok Bermin setelah
kewafatan Tok Bermin
- Haji Omar Ibrahim Becah Semak, Pasir Mas
- Haji Hamid
Jelepok, Perlis
- Haji abdul
Ghani Batu Empat, Titi Kasan, Kedah
- Haji Idris
Alor Kemudu, Kedah
- Baba Li Caya
(bermastautin di Mekah)
- Haji Salleh
Jelempok, Perlis
- Haji Abdurrahman Pombeng (berhijrah dan menetap di
Terengganu. (Mudir Madrasah Darul Salam, Kuala Ibai, Terengganu. Baru saja
wafat. Namun abu zahrah lupa tarikhnya)
- Haji
Abdurrahman Bangkok
- Haji Ismail
Phra’tan (Legor)
- Dan ramai lagi
….
Penulisan
Tok Bermin tidak meninggalkan hasil penulisan bercetak kecuali beberapa salinan doa dan wirid yang beliau berikan atas permintaan seseorang yang mengunjungi beliau.
Menurut al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah, beliau ada menyimpan manuskrip atau tulisan tangan asli Tok Bermin yang meriwayatkan peristiwa kedatangan dua orang dari Minangkabau ke Legor menyebarkan ajaran Kaum Muda. Mukadimah tulisan Tok Bermin adalah sebagai berikut:
Tok Bermin tidak meninggalkan hasil penulisan bercetak kecuali beberapa salinan doa dan wirid yang beliau berikan atas permintaan seseorang yang mengunjungi beliau.
Menurut al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah, beliau ada menyimpan manuskrip atau tulisan tangan asli Tok Bermin yang meriwayatkan peristiwa kedatangan dua orang dari Minangkabau ke Legor menyebarkan ajaran Kaum Muda. Mukadimah tulisan Tok Bermin adalah sebagai berikut:
“Dan adalah pada hari Sabtu, 26 Syawal, dan
hari Isnin, 28 Syawal juga, pada tahun [atau] sanah 1347 [Hijrah], perhamba
al-Haji Wan Muhammad Bermin, Jambu, periksa dan tanya akan ‘Abdullah dan Burhan
orang Minangkabau. Yang keduanya setengah daripada
Kaum Muda yang duduk berjalan menyesatkan orang-orang. Di dalam negeri Legor
diperiksa di dalam Masjid al-Haji Mat, Kampung Baru. Dan di dalam Masjid
al-Haji Mahmud di hadapan Imam Shiddiq, dan Penghulu Hamzah, dan al-Haji Mat
sendiri dan al-Haji Mahmud, dan beberapa banyak daripada manusia.’’
Personaliti Tok Bermin
Tok Bermin selalu kemas dalam berpakaian sama ada ketika mengajar atau berjalan. Pakaian yang dipakainya sentiasa tegang kerana berkanji menurut tradisi zaman itu. Tok Bermin jika berjalan ke mana-mana menunggang kudanya sendiri dengan tersedia pada tangannya. Jika menunggang kuda Tok Bermin selalu berdisiplin, mencerminkan kewibawaan, kebesaran ulama dan kelihatan gagah. Dielakkannya menunggang seperti ada kelemahan atau menanggung sesuatu penyakit. Ketika mengajar beliau sangat cermat dan tegas, terutama ketika membaca kitab atau mendengar murid membaca kitab bahasa Arab. Beliau sangat terikat dengan kaedah ilmu, terutama dalam ilmu nahu dan ilmu sharaf, sedikit pun tidak boleh tersilap atau salah. Jika tersalah baca, Tok Bermin menegurnya secara spontan langsung memberi keterangan dengan ‘tegas’. Tok Bermin membaca perkataan satu demi satu dengan jelas.
Tok Bermin mengamalkan thariqat Ahmadiah (iaitu thariqat sufiyyah yang di nisbahkan kepada Syaikh Ahmad bin Idris bin Muhammad al-Hasani). Masyhur di kalangan masyarakat Fathani bahawa Tok Bermin adalah seorang yang dikuniakan dengan perlbagai karamah. Diujung usianya, Tok Bermin menghabiskan masa untuk beribadat sahaja.
Keluarga
Sewaktu kewafatannya, Tok Bermin mempunyai tiga orang isteri. Dan beliau dikurniai dengan 5 orang anak.
Kewafatannya
Ulama yang berjasa ini wafat di Bermin, malam Khamis 29 Zulkaedah 1376H/27 Jun 1957M pada umur 86 tahun menurut tahun Hijrah. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan merahmati Tok Bermin ...... al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan