Jumaat, 15 Februari 2013


Empat Perkara Buat Penuntut Ilmu


فأول ما يحتاج إليه المتعلم أن يصحح نيته لينتفع بما يتعلم وينتفع به من يأخذ منه,فإذا أراد أن يصحح نيته يحتاج إلى أن ينوي أربعة 
أشياء:

أولها:أن ينوي بتعلمه الخروج من الجهل لأن الله تعالى قال: "قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون"...

والثاني: أن ينوي به منفعة الخلق,لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال: خير الناس من ينفع الناس..

والثالث: أن ينوي به إحياء العلم, لأن الناس لو تركوا التعلم لذهب العلم,كما روي أن النبي صلى الله عايه وسلم قال: "تعلموا العلم قبل أن يرفع العلم ورفعه ذهاب العلماء"....

والرابع: أن ينوي به أن يعمل به,لا بخلافه,لأن العلم آلة للعمل...

Perkara pertama yang diperlukan oleh penuntut ilmu adalah membetulkan niatnya supaya dengan betul niatnya dapatlah dia mengambil manfaat daripada ilmu yang dipelajari dan orang lain dapat mengambil manfaat daripada ilmunya.Maka apabila seorang penuntut ilmu itu mahu membetulkan niatnya maka perlulah bahawa berniat ia akan empat perkara:

Pertamanya: Bahawa berniat ia dengan menuntut ilmu itu keluar daripada kejahilan,kerana Allah swt berfirman, ertinya:”Katakanlah wahai Muhammad,adakah sama orang-orang yang tahu dan orang- orang yang tidak tahu?”.

Keduanya: Bahawa berniat ia untuk memberi manfaat kepada orang lain kerana Nabi SAW bersabda dalam satu hadis:”sebaik-baik manusia itu ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain”.

Ketiganya:Bahawa berniat ia dengan belajar itu untuk menghidupkan ilmu,kerana manusia sekiranya meninggalkan pengajian dan belajar maka hilanglah ilmu sepertimana yang diriwayatkan bahawanya Nabi saw bersabda(mafhumnya):”belajarlah kamu akan ilmu sebelum ilmu itu diangkat,dan terangkatnya ilmu itu dengan matinya para alim ulama”.

Keempatnya:Bahawa berniat ia untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari bukan sebaliknya kerana ilmu itu adalah alat untuk amal.


(dipetik daripada kitan bustanul a’rifin karya Imam abu lais as-samarqandi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan