Khamis, 28 Februari 2013
Biodata Syeikh Muhammad Bin Abdullah Bin Ali Mahyuddin Al-Zabidi
Nama penuh beliau adalah Syeikh Dr. Muhammad bin Abdullah bin Ali Muhyiddin hafizohullah, dari keluarga Muhyiddin yang berasal dari Zabid, Yaman. Pensyarah di Kuliyah Syariah dan Qanun, Universiti Afrika Antarabangsa, Khartoum Sudan. Salasilah keluarga beliau bersambung ke Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lua’i bin Ghalib bin Qurasy, datuk ke tiga Rasulullah SAW.
Ayah beliau berhijrah ke Jeddah, dan disanalah beliau dilahirkan pada 1 Muharram tahun 1393 Hijrah. Semasa kecil, beliau telah berkhidmat dan dididik oleh Syeikh Muhammad Abdul Rabb al-Nazzhori (sekarang anggota badan tertinggi bagi fatwa di Dubai), dan dari guru beliau ini dia belajar asas-asas agama. Ketika datuk beliau Faqih Ali Muhyiddin, yang merupakan seorang yang alim mazhab Syafie menziarahi beliau dan ayahnya di Jeddah, dia telah berjumpa dengan Syeikh al-Murabbi al-‘Alaamah Abdullah Ahmad al-Nakhibi al-Yafi’i rahimahullah yang menjadi Imam di masjid Ba Baidhon, Hayyi Kandarah, Jeddah. Ketika itu Syeikh Abdullah an-Nakhibi berusia lebih kurang 90 tahun, dan beliau merupakan seorang ulama yang besar di Yaman di zaman mudanya, malah pernah menjawat menteri agama sebelum Yaman dikuasai oleh komunis. Maka Faqih Ali menasihatkan anaknya supaya Syeikh Muhammad belajar dari Syeikh Abdullah an-Nakhibi apabila melihat ketinggian ilmunya. Dari situ bermulalah detik Syeikh Muhammad yang baru berusia 10 tahun ditarbiyah dan dididik Syeikh Abdullah an-Nakhibi, beliau belajar pelbagai jenis ilmu termasuk fiqh syafie, nahu, aqidah, sirah, tarikh dan lain-lain. Antara kitab-kitab yang ditadah dan dikhatamkan oleh Syeikh Muhammad pada gurunya yang tercinta ini adalah; Risalah Jamiah karangan Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi, Mukhtasor Soghir dan Muqaddimah Hadhramiyah karangan Syeikh Abdullah Ba Fadhl, Safinatul Naja, Sullam Taufiq, Fathul Rahman, Matan Abi Syujaa’ berserta syarah Ibnul Qasim al-Ghazzi, Fawaid Thaminah karangan Habib Muhammad bin Hafez ayah kepada Habib Omar bin Hafez, Matan Zubad Ibnu Ruslan, Umdatus Salik Ibnu Naqib, Minhajut Tolibin Imam Nawawi, Tanbih Imam Syirozi dan lain-lain kitab fiqh Syafie.
Adapun kitab-kitab hadith Syeikh Muhammad meriwayatkan dari gurunya an-Nakhibi Arbain Nawawiyah, berserta tambahan Ibnu Rejab Hanbali, Mukhtasor Ibnu Abi Jamrah, Bulughul Maram, Riyadhus Solihin dan thuluthiyaat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi, Tabrani, Imam Syafie dan Imam Ahmad.
Di antara kitab-kitab lain yang dikhatamkan pada Syeikh Abdullah Nakhibi adalah, Aqidah al Awwam, Jauharah Tauhid, al-Kharidah al-Bahiyah, Matan Waraqaat berserta syarah Mahalli, Risalah Imam Syafie, Bidayatul Hidayah, al-Adaab fid Din karangan Imam Ghazali, Unwan at-Taufiq fi adaan at-Toriq karangan Ibnu Ataillah Sakandari, Nasoih Diniyah, dan Hikam karangan Habib Abdullah al-Haddad dan lain-lain. Syeikh Muhammad telah mengkhatamkan kitab pada Syeikh Abdullah al-Nakhibi sahaja lebih dari 80 kitab. Beliau melazimi Syeikh Abdullah an-Nakhibi hinggalah Syeikh Abdullah wafat 27/3/1428 hijrah, dan beliau sendiri yang memandikan dan mensolatkan guru kesayangannya itu.
Selepas selesai pengajian beliau diperingkat Thanawi di Jeddah, beliau telah ke Sudan pada tahun 1412 hijrah untuk menyambungkan pengajiannya ke peringkat Universiti. Dan di Sudan beliau tidak hanya cukup belajar di university sahaja, malah beliau mengambil peluang untuk belajar dari ulama-ulama Sudan. Dan guru yang pertama beliau di Sudan adalah Syeikh Ahmad bin Abdul Salam al-Ja’li al-‘Abbasi al-Maliki. Dan dari beliau inilah Syeikh Muhammad mengkhatamkan kitab-kitab fiqh maliki seperti Risalah Ibnu Abi Zaid al-Qairawani, matan Ibni ‘Asyir, Muwato’ Malik riwayat Yahya al-Laithi, Awail Sunbuliyah dan sebahagian dari Sahih Bukhari selain dari banyak lagi kitab-kitab yang dikhatamkan.
Pada tahun 1418 hijrah, beliau bertemu dengan Musnid Sudan, Syeikh Musa’ad Basyir dan sejak itu Syeikh Muhammad melaziminya sehingga beliau mengkhatamkan kitab-kitab hadith yang besar-besar seperti Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, Sunan Nasa’i, Sunan Ibnu Majah, Muwatto’ riwayat al-Laithi, al-Qa’nabi dan as-Syaibani, Musnad Imam Ahmad, Mu’jam Shoghir Tabrani, Zadul Muslim, Awail Sunbuliyah, Adabul Mufrad, Al-Azkar dan Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi, dan sebahagian dari Sunan Darimi dan Mustadrak Imam Hakim. Selain dari kitab-kitab hadith, beliau juga mengkhatamkan kitab-kitab mustolah hadith, usul-fiqh dan lain-lain seperti Matan Baiquniyah beserta Syarah Hasan al-Masyat, Muqizoh Imam Zahabi, Muqadimah Ibnu Solah, Nuzhatun Nazor Ibnu Hajar, al-Ba’ithul Hathith dan lain-lain lagi.
Selain dari Syeikh Musa’ad, Syeikh Muhammad juga telah menadah kitab dari ulama Sudan yang lain seperti Syeikh al-Badawi Muhammad at-Tohir al-Husaiyni, imam besar masjid Khartoum, Syeikh Muhammad bin Abdul Rahim bin Hamid al-Kahili, Syeikh Diyab Ahmad Diyab, Syeikh Muhammad Ali Bayan al-Habsyi, Syeikh Muhammad bin Ali at-Thoraifi al-‘Araki dan selain mereka.
Syeikh Muhammad Mahyuddin juga pernah bermusafir ke Yaman dan bertalaqqi dengan beberapa ulama di sana seperti Syeikh Ali bin Salim Bukayir Ba Ghauthan, Syeikh Sulaiman bin Ahmad al-Mahnabi al-Zabidi, Syeikh Umar bin Ismail al-Batthoh al-Ahdal dan Habib Salim as-Syatiri. Selain mereka guru-guru Syeikh Muhammad secara talaqqi adalah;
- Syeikh Ghulam bin Imam bin Nizar al-Afghani al-Hanafi (guru beliau dalam mazhab Hanafi)
- Syeikh Abdul Qadir Karamatullah al-Bukhari.
- Syeikh Nasr bin Muhammad al-Hasani al-Misri.
- Syeikh Yahya bin Abdul Razzaq al-Ghauthani ad-Dimasyqi.
- Syeikh Abdul Rahman bin Abdullah al-Ghaazi al-Hanafi Mufti Bangladesh.
- Syeikh Sa’duddin Sa’id al-Murad al-Hamawi as-Syafie.
- Syeikh Abdul Wakeel bin Abdul Haq al-Hasyimi al-Hindi.
- Syeikh Malik Bin Arabi as-Sanusi al-Maliki al-Libi (Cucu kepada Syeikh Muhammad Ali Sanusi pengarang kitab Ummu Barahin).
- Syeikh Muhammad bin Habib al-Bushodi as-Syinqiti.
- Syeikh Muhammad bin Mahmud al-Hajjar al-Halabi as-Syafie.
- Syeikh Solah bin Ahmad bin Abdullah al-Hamdani al-Yamani al-Zaidi (guru beliau dalam mazhab Zaidi).
Dan selain mereka ramai lagi guru-guru talaqqi dan ijazah Syeikh Muhammad. Beliau juga memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang syariah dan qanun dengan darajat cemerlang (imtiyaz) di Universiti Omdurman Islamiyah dan mendapat anugerah pelajar cemerlang yang disampaikan oleh Presiden Sudan sendiri ketika itu. Namun kerana cintanya beliau dengan ilmu, beliau tidak hadir majlis penyampaian hadiah tersebut kerana menghadiri majlis talaqqi salah satu dari masyayikh beliau.
Sekarang beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Afrika Antarabangsa di Khartoum, disamping mengajar fiqh syafie dan hadith secara talaqqi di luar universiti.
https://www.facebook.com/DarulHadisKL
Ahad, 24 Februari 2013
Daurah
bersanad 2013
-BERSAMA SYEIKH Muhammad muhyiddin bin
Abdullah az-zabidi di pusat pengajian darul hadith no 37 taman kamariah Gombak.
-Yuran hanya rm 35 (makanan sahaja)
-tarikh dan masa seperti yang tertulis
di atas.
-untuk maklumat lanjut boleh hubungi
nombor yang tertera di atas.
*Insyaallah maklumat lanjut mengenai jadual beliau akan menyusul..
Jumaat, 15 Februari 2013
Empat Perkara Buat Penuntut Ilmu
فأول ما يحتاج إليه المتعلم أن يصحح نيته لينتفع بما يتعلم وينتفع به
من يأخذ منه,فإذا أراد أن يصحح نيته يحتاج إلى أن ينوي أربعة
أشياء:
أولها:أن ينوي بتعلمه الخروج من الجهل لأن الله تعالى قال: "قل
هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون"...
والثاني: أن ينوي به منفعة الخلق,لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
خير الناس من ينفع الناس..
والثالث: أن ينوي به إحياء العلم, لأن الناس لو تركوا التعلم لذهب
العلم,كما روي أن النبي صلى الله عايه وسلم قال: "تعلموا العلم قبل أن يرفع
العلم ورفعه ذهاب العلماء"....
والرابع: أن ينوي به أن يعمل به,لا بخلافه,لأن العلم آلة للعمل...
Perkara pertama yang diperlukan oleh penuntut ilmu adalah
membetulkan niatnya supaya dengan betul niatnya dapatlah dia mengambil manfaat
daripada ilmu yang dipelajari dan orang lain dapat mengambil manfaat daripada
ilmunya.Maka apabila seorang penuntut ilmu itu mahu membetulkan niatnya maka
perlulah bahawa berniat ia akan empat perkara:
Pertamanya: Bahawa berniat ia dengan menuntut ilmu itu
keluar daripada kejahilan,kerana Allah swt berfirman, ertinya:”Katakanlah wahai
Muhammad,adakah sama orang-orang yang tahu dan orang- orang yang tidak tahu?”.
Keduanya: Bahawa berniat ia untuk memberi manfaat kepada
orang lain kerana Nabi SAW bersabda dalam satu hadis:”sebaik-baik manusia itu
ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain”.
Ketiganya:Bahawa berniat ia dengan belajar itu untuk
menghidupkan ilmu,kerana manusia sekiranya meninggalkan pengajian dan belajar
maka hilanglah ilmu sepertimana yang diriwayatkan bahawanya Nabi saw bersabda(mafhumnya):”belajarlah
kamu akan ilmu sebelum ilmu itu diangkat,dan terangkatnya ilmu itu dengan matinya
para alim ulama”.
Keempatnya:Bahawa berniat ia untuk beramal dengan ilmu yang
dipelajari bukan sebaliknya kerana ilmu itu adalah alat untuk amal.
(dipetik daripada kitan bustanul a’rifin karya Imam abu lais
as-samarqandi)
Khamis, 22 November 2012
Hari A'syura'(Hari yang ke-10 daripada bulan muharram)
Antara hari yg disunatkan berpuasa adalah 10 Muharram.insyaallah sabtu ni tanggal 10 Muharram sama2 kita berpuasa yg mana disebutkan dalam sebuah hadis bahawa diampunkan dosa tahun yg sebelumnya bg mereka yg berpuasa.
Bagi puasa a'syura' ada tiga peringkat sepertimana yg disebutkan oleh Ibnu hajar al-asqolani di dalam fathul bari iaitu:
1.peringkat yang paling bawah iaitu hanya berpuasa pada 10 Muharram.
2.peringkat yang kedua iaitu berpuasa pada 10 Muharram tetapi didahulukan dgn puasa pada hari kesembilan.
3.dan peringkat yang ketiga iaitu berpuasa pada 10 Muharram dgn didahulukan puasa pada hari kesembilan dan kemudiannya diiriingi dgn puasa pd hari kesebelas.
Selamat beramal..:)
Isnin, 29 Oktober 2012
Biografi ringkas mengenai Tuan Guru Hj Ismail Sepanjang
BIOGRAFI TUAN GURU HJ. ISMAIL BIN OMAR ( BABA EIL )
Kelahiran, Keluarga dan Pendidikan.
Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Spanjang iaitu panggilan bagi seorang Tuan Guru. Dilahirkan di Kampung Dusun Spanjang Daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga sebanyak 3 beradik.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Spanjang. Kemudian menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) pada ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafser, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.
Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana beliau bukan setakat mengajar kepada pelajar tetapi mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (21 tahun) dan Masjid Patani (22 tahun).
Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah Binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahayamata ( 2 lelaki dan 3 perempuan ).Selepas itu ketika berumur 31 tahun, beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan.
Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar. Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Spanjang hinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima bayaran.
Sehingga kini, terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang
sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun
melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti
Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan ).
Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala.. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab.
Antara kitab karangan Baba Eil ialah “Mizan ad-Durari”,
“Hikam Jawi”, “Mawaiz al-Iman”, dan karangan dalam bidang tafsir,hadis dan
Qawaid. Selain itu,Baba Eil telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa
Persatuan Ulama Fathoni.
SUMBER:
Khamis, 13 September 2012
Saidina ‘Ali radhiyallahu ‘anhu pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fathimah radhiyallahu ‘anha:
ﻳﺎ ﻓﺎﻃﻤﺔ ﻣﺎ ﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﻟﻠﻤﺮﺃﺓ؟
“Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?” Fathimah menjawab:
ﺃﻥ ﻻ ﺗﺮﻯ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﻭﻻ ﻳﺮﻭﻫﺎ
“Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi:
ﻳﺎ ﻓﺎﻃﻤﺔ ﻣﺎ ﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﻟﻠﻤﺮﺃﺓ؟
“Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?” Fathimah menjawab:
ﺃﻥ ﻻ ﺗﺮﻯ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﻭﻻ ﻳﺮﻭﻫﺎ
“Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi:
ﺃﻻ ﺗﺴﺘﺤﻴﻮﻥ؟ ﺃﻻ ﺗﻐﺎﺭﻭﻥ؟ ﻳﺘﺮﻙ ﺃﺣﺪﻛﻢ ﺍﻣﺮﺃﺗﻪ ﺗﺨﺮﺝ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﺗﻨﻈﺮ ﺇﻟﻴﻬﻢ ﻭﻳﻨﻈﺮﻭﻥ ﺇﻟﻴﻬﺎ
“Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (Lihat: adz-Dzahabi, al-Kaba’ir,)
Maka para wanita berkata: "ala..tu kalau keluar rumah..kami tak keluar rumah pun...."
Ibnu batoota berkata: "memang la korang tak keluar rumah,tapi korang telah 'keluar rumah' secara khianat melalui fb,twitter dan laman soooo-sial yang lain dengan mempamerkan gambar-gambar korang walaupun berpurdah kepada umum,kalian dilihat ramai lelaki dan yang lebih jauh,gambar kalian di save para lelaki dalam laptop dan handphone mereka..maka apakah kalian tidak malu?dan apakah suami kalian tidak cemburu?"(ibnu batoota)
ibnu zabidi menambah:begitu la yg berlaku dalam kebanyakan majis2 perkahwinan sekarang ini..majlis yang dianggap islamik dengan tiada persandingan dan upacara membaling rempas ratus dan sebagainya dikotori tanpa disedari dgn persandingan yg lebih grand dilaman fb,twitter dan laman soo-sial yg lain..pandaikan Yahudi ni...dalam senyap2 dia menghncurkan islam..
Kita perlu ingat sifat kita ini bersekutu(musyarakah) dengan sifat binatang,tetapi Allah swt menganugerahkan kepada kita akal untuk kita berfikir dan dengannya membezakan antara kita dengan binatang..kerana itu kita dituntut menjaga akal dan dilarang merosakkannya..itulah antara hikmah diharamkan setiap perkara yang memabukkan kerana ianya merosakkan akal...jadi.gunakan akal kalian untuk berfikir dan berzikir bukannya terus tertipu dengan yahudi....:)
“Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (Lihat: adz-Dzahabi, al-Kaba’ir,)
Maka para wanita berkata: "ala..tu kalau keluar rumah..kami tak keluar rumah pun...."
Ibnu batoota berkata: "memang la korang tak keluar rumah,tapi korang telah 'keluar rumah' secara khianat melalui fb,twitter dan laman soooo-sial yang lain dengan mempamerkan gambar-gambar korang walaupun berpurdah kepada umum,kalian dilihat ramai lelaki dan yang lebih jauh,gambar kalian di save para lelaki dalam laptop dan handphone mereka..maka apakah kalian tidak malu?dan apakah suami kalian tidak cemburu?"(ibnu batoota)
ibnu zabidi menambah:begitu la yg berlaku dalam kebanyakan majis2 perkahwinan sekarang ini..majlis yang dianggap islamik dengan tiada persandingan dan upacara membaling rempas ratus dan sebagainya dikotori tanpa disedari dgn persandingan yg lebih grand dilaman fb,twitter dan laman soo-sial yg lain..pandaikan Yahudi ni...dalam senyap2 dia menghncurkan islam..
Kita perlu ingat sifat kita ini bersekutu(musyarakah) dengan sifat binatang,tetapi Allah swt menganugerahkan kepada kita akal untuk kita berfikir dan dengannya membezakan antara kita dengan binatang..kerana itu kita dituntut menjaga akal dan dilarang merosakkannya..itulah antara hikmah diharamkan setiap perkara yang memabukkan kerana ianya merosakkan akal...jadi.gunakan akal kalian untuk berfikir dan berzikir bukannya terus tertipu dengan yahudi....:)
Langgan:
Catatan (Atom)




