Antara hari yg disunatkan berpuasa adalah 10 Muharram.insyaallah khamis ni tanggal 10 Muharram sama2 kita berpuasa yg mana disebutkan dalam sebuah hadis bahawa diampunkan dosa tahun yg sebelumnya bg mereka yg berpuasa.
Bagi puasa a'syura' ada tiga peringkat sepertimana yg disebutkan oleh Ibnu hajar al-asqolani di dalam fathul bari iaitu:
1.peringkat yang paling bawah iaitu hanya berpuasa pada 10 Muharram.
2.peringkat yang kedua iaitu berpuasa pada 10 Muharram tetapi didahulukan dgn puasa pada hari kesembilan.
3.dan peringkat yang ketiga iaitu berpuasa pada 10 Muharram dgn didahulukan puasa pada hari kesembilan dan kemudiannya diiriingi dgn puasa pd hari kesebelas.
Selamat beramal..:)
Selasa, 12 November 2013
Rabu, 31 Julai 2013
Dakwah yang hilang
Tidak syak
lagi lagi,di era ini umat islam semakin berkembang bukan sahaja di
Negara-negara yang rata-rata umatnya beragama islam bahkan di Negara-negara
yang kebanyakan penduduknya tidak beragama islam.Hasil dari perkembangan ini dapat
kita simpulkan bahawa dakwah islam itu semakin berkembang dan terus berkembang
sehingga jumlah mereka yang turun ke medan dakwah bertambah dan bertambah hari
demi hari.Namun disebalik kegembiraan hasil perkembangan jumlah umat islam hari
ini,umat islam masih dalam keadaan lemah dan menyedihkan,ditindas,berada di
bawah,dihina,dipandang buruk dan sebagainya. Persoalannya mengapakah semua ini
terjadi disamping dakwah yang kuat dijalankan terus menerus di sana sini serta
para pendakwah yang ramai?Pastinya ada sesuatu yang hilang yang merupakan
pelengkap bagi dakwah yang sedia ada ini.
Terlebih
dulu,marilah kita undur ke belakang melihat dan meneliti sehalus-halusnya serta
memahami dakwah para Nabi yang terdahulu sehinggalah kepada sebaik-baik teladan
iaitu Nabi Muhammad saw serta sahabat-sahabatnya yang terkesan dengan dakwah
yang dibawa oleh nabi saw sehingga mereka menjadi mulia,tinggi,dipuji dan
disebut-sebut nama mereka sehingga ke hari ini.
Risalah
tauhid merupakan risalah yang dibawa oleh sekalian nabi sehinggalah nabi kita
Muhammad saw dan risalah inilah yang dibawa oleh para pendakwah kini sebagai
menyambung usaha dakwah yang dijalankan nabi-nabi terdahulu.Namun begitu,usaha
mereka tidaklah terhenti dengan hanya menyeru manusia kepada mengesakan Allah
taala,tetapi dengan mengajarkan orang ramai undang-undang syariat yang
ditetapkan dan menghiasi mereka dengan akhlak-akhlak yang terpuji.
Jalan dakwah
bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu berdakwah dengan ‘lisanul maqal’ ertinya
berdakwah menggunakan kata-kata seperti nasihat,pengajaran,kisah-kisah
teladan,tulisan, dan seumpamanya atau dengan ‘lisanul hal’ iaitu dengan akhlak
dan budi pekerti yang baik yang ditunjukkan kepada masyarakat.Pastinya yang
pertama lebih mudah dan tersebar luas di era globalisasi ini tambahan pula
wujudnya alat-alat komunikasi yang semakin canggih yang boleh digunakan bagi
memudahkan lagi usaha dakwah tersebar ke seluruh alam.Namun,berbeza pula dengan
yang kedua iaitu berdakwah dengan ‘lisanul hal’ yang pastinya sangat sukar untuk
kita dapati dan lihat pada zaman ini.Maka berbahagialah mereka yang mampu
berdakwah bukan sahaja dengan ‘lisanul maqal’ bahkan dengan ‘lisanul hal’.
Inilah
dakwah yang telah hilang pada zaman ini iaitu dakwah yang memberikan impak yang
lebih besar kepada masyarakat dan kesan yang lebih mendalam kepada mereka yang
diseru dan lebih meresap ke dalam hati-hati tetapi ditinggalkan dan dibiarkan
hilang begitu sahaja oleh kebanyakan para da’ie pada zaman ini kecuali mereka
yang memahami sirah dan jalanan dakwah rasulullah saw serta para sahabatnya dan
para da’ie yang mengikuti jalanan mereka.
Allah swt
berfirman di dalam surah al-ahzab ayat 21:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ
فِي رَسُوْلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ وَ اليَومَ
الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيراً.
Ertinya:Sungguh
pada diri rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi mereka yang
mengharapkan pertemuan dengan Allah SAW dan hari akhirat dan banyak mengingati
Allah swt.
Maka,jelaslah
di sini bahawa Nabi saw merupakan role model kepada sekalian umatnya baik dari
segi akhlak,perbuatan,dan hal ehwalnya.Adapun dakwah Nabi saw dengan ‘lisanul
maqal’ dan ‘lisanul hal’ maka termasuk dalam konteks perbuatan Nabi saw yang
perlu diikuti dalam usaha dan perjalanan dakwah pada hari ini.
Hadis-hadis
yang diriwayatkan oleh ahli hadis menunjukkan kepada kita uslub-uslub yang
digunapakai oleh nabi saw di dalam usaha dakwah dan proses ta’lim kepada
sahabat-sahabatnya yang pastinya uslub-uslub itu merupakan sebaik-baik uslub
yang perlu diikuti dalam usaha dakwah pada hari ini.Jika dilihat di dalam
hadis-hadis, uslub yang digunapakai tidaklah tertentu kepada satu uslub sahaja
bahkan uslub yang pelbagai,namun apa yang ingin ditekankan di sini ialah
mengenai qudwah atau contoh bagi setiap perkataan yang keluar daripada mulut para
da’ie untuk dijadikan teladan dan pelajaran kepada masyarakat dengan kata lain
pendengar tidak hanya mendengar akan perkara yang diucapkan dan diajarkan
tetapi melihat sendiri apa yang diajarkan dan diperkatakan itu.Cara ini jelas
lebih memberi kesan sepertimana yang dapat kita lihat di dalam sirah nabi saw
sendiri.
Diantara contoh
yang boleh dilihat ialah ketikamana selesai perdamaian diantara rasulullah saw
dan kafir quraisy di Hudaibiyah,baginda nabi saw mengarahkan para sahabatnya
agar bertahallul daripada ihram mereka, dan menyembelih korban dengan berkata
kepada mereka: ”Bangkitlah kalian dan berkorbanlah kemudian cukurlah rambut
kalian”.Maka para sahabat melengah-lengahkan arahan ini kerana tidak menganggap
baik akan perdamaian itu dan melihat bahawa berperang itu lebih utama.Melihat
akan yang demikian,Rasulullah saw bertemu isterinya ummu salamah RA dan
menceritakan perihal sahabatnya lalu mengisyaratkan ummu salamah RA agar
rasulullah saw melakukan terlebih dahulu perkara-perkara tersebut yang pastinya
akan disusuli oleh sahabat-sahabatnya.Maka berbuat Nabi SAW sepertimana kata
ummu salamah dan tatkala melihat sahabat-sahabat nabi akan yang yang
demikian,mereka lantas bangkit dan mengikuti perbuatan Nabi saw.
Di sini
dapat kita lihat betapa kuatnya kesan daripada sesuatu perkataan yang disusuli
dengan perbuatan daripada perkataan itu sendiri.Maka tidak syak lagi bahawa
dakwah atau ta’lim dengan perbuatan dan amal lebih kuat dan memberi kesan dalam
diri seseorang,lebih membantu kepada faham,dan lebih menyeru dan mengajak orang
ramai untuk menjadikan si pendakwah itu sebagai ikutan berbanding dakwah yang
hanya dengan perkataan dan penjelasan semata-mata.Tambahan pula,mereka yang
berdakwah dengan uslub ini sebenarnya sedang berdakwah pada setiap detik
waktunya kerana akhlak dan budi perkerti baik yang ditunjukkan memberi kesan
kepada orang lain yang berada disekitarnya.
Isnin, 29 Julai 2013
4 jenis golongan yang menghidupkan 10 malam
terakhir daripada ramadhan:
1.Golongan yang pertama:-
Mereka yang menghidupkan malam-malam ini dengan bersungguh-sungguh
beribadat sama ada dengan ibadat-ibadat solat berserta dengan panjang
qiyam,rukuk dan sujudnya, berzikir,membaca al-quran,berdoa,belajar atau
mengajar.
Mereka ini adalah golongan yang mengikut jejak rasulullah
saw yang mana diceritakan bahawa nabi saw bersungguh-sungguh beribadat pada 10
malam terakhir daripada ramadhan melebihi daripada hari-hari
sebelumnya.Diriwayatkan juga bahawa nabi saw berpesan kepada seorang sahabat
supaya dicari malam lailatul qadr itu pada 10 malam yang terakhir daripada
ramadhan.Inilah perbuatan para sahabat dan salafussoleh R.A dihikayatkan di
dalam kisah-kisah mereka.
Maka,inilah golongan yang mendapat keuntungan di dunia dan
akhirat dan mendapat kebaikan daripada waktu-waktu mereka.
2.Golongan yang kedua:-
Mereka yang menghidupkan malam-malam ini dengan merancakkan
lagi perniagaan-perniagaan mereka dan menjadikan malam-malam ini waktu untuk
mendapatkan duit lebih.Mereka menghidupkan malam-malam ini dengan perkara-perkara
sedemikian dan lupa akan kelebihan 1 malam yang lebih baik daripada 1000 bulan
yang dijanjikan Allah swt di dalam 10 hari terakhir itu.Mereka ini lebih
mementingan keuntungan duniawi berbanding keuntungan akhirat yang kekal abadi.
3.Golongan yang ketiga:-
Mereka yang menghidupkan malam-malam ini dengan
perkara-perkara yang lalai dan sia-sia sama ada perkara-perkara tersebut
berbentuk perbuatan atau percakapan.Mereka ini menghabiskan masa dengan berbual
kosong,ketawa dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang tidak memberi
manfat dan faedah.
4.Golongan yang keempat:-
Mereka yang menghidupkan malam-malam ini dengan
perkara-perkara maksiat sama ada maksiat itu daripada dosa kecil atau dosa
besar.Mereka ini menghabiskan masa mereka dengan perkara selain taat kepada
Allah swt.Mereka ini golongan yang tidak pernah hirau dengan bulan ramadhan dan
tidak pernah hirau akan hari-hari yang mempunyai kelebihan di dalam islam termasuklah
malam lailatul qadr. Keinginan nafsu diturut demi keseronokan dan kelazatan
yang sementara.
Golongan ini adalah golongan yang rugi dunia dan akhirat dan
mendapat kemurkaan Allah swt kerana maksiat dan perbuatan dosa yang dilakukan..
Inilah 4 jenis golongan yang menghidupkan 10 malam yang
terakhir daripada ramadhan.Maka berjaga-jagalah daripada termasuk di dalam
golongan mereka-mereka yang rugi.Sesunggunhnya sebaik-baik contoh dan teladan
itu adalah Rasulullah saw.
Khamis, 28 Februari 2013
Biodata Syeikh Muhammad Bin Abdullah Bin Ali Mahyuddin Al-Zabidi
Nama penuh beliau adalah Syeikh Dr. Muhammad bin Abdullah bin Ali Muhyiddin hafizohullah, dari keluarga Muhyiddin yang berasal dari Zabid, Yaman. Pensyarah di Kuliyah Syariah dan Qanun, Universiti Afrika Antarabangsa, Khartoum Sudan. Salasilah keluarga beliau bersambung ke Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lua’i bin Ghalib bin Qurasy, datuk ke tiga Rasulullah SAW.
Ayah beliau berhijrah ke Jeddah, dan disanalah beliau dilahirkan pada 1 Muharram tahun 1393 Hijrah. Semasa kecil, beliau telah berkhidmat dan dididik oleh Syeikh Muhammad Abdul Rabb al-Nazzhori (sekarang anggota badan tertinggi bagi fatwa di Dubai), dan dari guru beliau ini dia belajar asas-asas agama. Ketika datuk beliau Faqih Ali Muhyiddin, yang merupakan seorang yang alim mazhab Syafie menziarahi beliau dan ayahnya di Jeddah, dia telah berjumpa dengan Syeikh al-Murabbi al-‘Alaamah Abdullah Ahmad al-Nakhibi al-Yafi’i rahimahullah yang menjadi Imam di masjid Ba Baidhon, Hayyi Kandarah, Jeddah. Ketika itu Syeikh Abdullah an-Nakhibi berusia lebih kurang 90 tahun, dan beliau merupakan seorang ulama yang besar di Yaman di zaman mudanya, malah pernah menjawat menteri agama sebelum Yaman dikuasai oleh komunis. Maka Faqih Ali menasihatkan anaknya supaya Syeikh Muhammad belajar dari Syeikh Abdullah an-Nakhibi apabila melihat ketinggian ilmunya. Dari situ bermulalah detik Syeikh Muhammad yang baru berusia 10 tahun ditarbiyah dan dididik Syeikh Abdullah an-Nakhibi, beliau belajar pelbagai jenis ilmu termasuk fiqh syafie, nahu, aqidah, sirah, tarikh dan lain-lain. Antara kitab-kitab yang ditadah dan dikhatamkan oleh Syeikh Muhammad pada gurunya yang tercinta ini adalah; Risalah Jamiah karangan Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi, Mukhtasor Soghir dan Muqaddimah Hadhramiyah karangan Syeikh Abdullah Ba Fadhl, Safinatul Naja, Sullam Taufiq, Fathul Rahman, Matan Abi Syujaa’ berserta syarah Ibnul Qasim al-Ghazzi, Fawaid Thaminah karangan Habib Muhammad bin Hafez ayah kepada Habib Omar bin Hafez, Matan Zubad Ibnu Ruslan, Umdatus Salik Ibnu Naqib, Minhajut Tolibin Imam Nawawi, Tanbih Imam Syirozi dan lain-lain kitab fiqh Syafie.
Adapun kitab-kitab hadith Syeikh Muhammad meriwayatkan dari gurunya an-Nakhibi Arbain Nawawiyah, berserta tambahan Ibnu Rejab Hanbali, Mukhtasor Ibnu Abi Jamrah, Bulughul Maram, Riyadhus Solihin dan thuluthiyaat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi, Tabrani, Imam Syafie dan Imam Ahmad.
Di antara kitab-kitab lain yang dikhatamkan pada Syeikh Abdullah Nakhibi adalah, Aqidah al Awwam, Jauharah Tauhid, al-Kharidah al-Bahiyah, Matan Waraqaat berserta syarah Mahalli, Risalah Imam Syafie, Bidayatul Hidayah, al-Adaab fid Din karangan Imam Ghazali, Unwan at-Taufiq fi adaan at-Toriq karangan Ibnu Ataillah Sakandari, Nasoih Diniyah, dan Hikam karangan Habib Abdullah al-Haddad dan lain-lain. Syeikh Muhammad telah mengkhatamkan kitab pada Syeikh Abdullah al-Nakhibi sahaja lebih dari 80 kitab. Beliau melazimi Syeikh Abdullah an-Nakhibi hinggalah Syeikh Abdullah wafat 27/3/1428 hijrah, dan beliau sendiri yang memandikan dan mensolatkan guru kesayangannya itu.
Selepas selesai pengajian beliau diperingkat Thanawi di Jeddah, beliau telah ke Sudan pada tahun 1412 hijrah untuk menyambungkan pengajiannya ke peringkat Universiti. Dan di Sudan beliau tidak hanya cukup belajar di university sahaja, malah beliau mengambil peluang untuk belajar dari ulama-ulama Sudan. Dan guru yang pertama beliau di Sudan adalah Syeikh Ahmad bin Abdul Salam al-Ja’li al-‘Abbasi al-Maliki. Dan dari beliau inilah Syeikh Muhammad mengkhatamkan kitab-kitab fiqh maliki seperti Risalah Ibnu Abi Zaid al-Qairawani, matan Ibni ‘Asyir, Muwato’ Malik riwayat Yahya al-Laithi, Awail Sunbuliyah dan sebahagian dari Sahih Bukhari selain dari banyak lagi kitab-kitab yang dikhatamkan.
Pada tahun 1418 hijrah, beliau bertemu dengan Musnid Sudan, Syeikh Musa’ad Basyir dan sejak itu Syeikh Muhammad melaziminya sehingga beliau mengkhatamkan kitab-kitab hadith yang besar-besar seperti Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, Sunan Nasa’i, Sunan Ibnu Majah, Muwatto’ riwayat al-Laithi, al-Qa’nabi dan as-Syaibani, Musnad Imam Ahmad, Mu’jam Shoghir Tabrani, Zadul Muslim, Awail Sunbuliyah, Adabul Mufrad, Al-Azkar dan Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi, dan sebahagian dari Sunan Darimi dan Mustadrak Imam Hakim. Selain dari kitab-kitab hadith, beliau juga mengkhatamkan kitab-kitab mustolah hadith, usul-fiqh dan lain-lain seperti Matan Baiquniyah beserta Syarah Hasan al-Masyat, Muqizoh Imam Zahabi, Muqadimah Ibnu Solah, Nuzhatun Nazor Ibnu Hajar, al-Ba’ithul Hathith dan lain-lain lagi.
Selain dari Syeikh Musa’ad, Syeikh Muhammad juga telah menadah kitab dari ulama Sudan yang lain seperti Syeikh al-Badawi Muhammad at-Tohir al-Husaiyni, imam besar masjid Khartoum, Syeikh Muhammad bin Abdul Rahim bin Hamid al-Kahili, Syeikh Diyab Ahmad Diyab, Syeikh Muhammad Ali Bayan al-Habsyi, Syeikh Muhammad bin Ali at-Thoraifi al-‘Araki dan selain mereka.
Syeikh Muhammad Mahyuddin juga pernah bermusafir ke Yaman dan bertalaqqi dengan beberapa ulama di sana seperti Syeikh Ali bin Salim Bukayir Ba Ghauthan, Syeikh Sulaiman bin Ahmad al-Mahnabi al-Zabidi, Syeikh Umar bin Ismail al-Batthoh al-Ahdal dan Habib Salim as-Syatiri. Selain mereka guru-guru Syeikh Muhammad secara talaqqi adalah;
- Syeikh Ghulam bin Imam bin Nizar al-Afghani al-Hanafi (guru beliau dalam mazhab Hanafi)
- Syeikh Abdul Qadir Karamatullah al-Bukhari.
- Syeikh Nasr bin Muhammad al-Hasani al-Misri.
- Syeikh Yahya bin Abdul Razzaq al-Ghauthani ad-Dimasyqi.
- Syeikh Abdul Rahman bin Abdullah al-Ghaazi al-Hanafi Mufti Bangladesh.
- Syeikh Sa’duddin Sa’id al-Murad al-Hamawi as-Syafie.
- Syeikh Abdul Wakeel bin Abdul Haq al-Hasyimi al-Hindi.
- Syeikh Malik Bin Arabi as-Sanusi al-Maliki al-Libi (Cucu kepada Syeikh Muhammad Ali Sanusi pengarang kitab Ummu Barahin).
- Syeikh Muhammad bin Habib al-Bushodi as-Syinqiti.
- Syeikh Muhammad bin Mahmud al-Hajjar al-Halabi as-Syafie.
- Syeikh Solah bin Ahmad bin Abdullah al-Hamdani al-Yamani al-Zaidi (guru beliau dalam mazhab Zaidi).
Dan selain mereka ramai lagi guru-guru talaqqi dan ijazah Syeikh Muhammad. Beliau juga memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang syariah dan qanun dengan darajat cemerlang (imtiyaz) di Universiti Omdurman Islamiyah dan mendapat anugerah pelajar cemerlang yang disampaikan oleh Presiden Sudan sendiri ketika itu. Namun kerana cintanya beliau dengan ilmu, beliau tidak hadir majlis penyampaian hadiah tersebut kerana menghadiri majlis talaqqi salah satu dari masyayikh beliau.
Sekarang beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Afrika Antarabangsa di Khartoum, disamping mengajar fiqh syafie dan hadith secara talaqqi di luar universiti.
https://www.facebook.com/DarulHadisKL
Ahad, 24 Februari 2013
Daurah
bersanad 2013
-BERSAMA SYEIKH Muhammad muhyiddin bin
Abdullah az-zabidi di pusat pengajian darul hadith no 37 taman kamariah Gombak.
-Yuran hanya rm 35 (makanan sahaja)
-tarikh dan masa seperti yang tertulis
di atas.
-untuk maklumat lanjut boleh hubungi
nombor yang tertera di atas.
*Insyaallah maklumat lanjut mengenai jadual beliau akan menyusul..
Jumaat, 15 Februari 2013
Empat Perkara Buat Penuntut Ilmu
فأول ما يحتاج إليه المتعلم أن يصحح نيته لينتفع بما يتعلم وينتفع به
من يأخذ منه,فإذا أراد أن يصحح نيته يحتاج إلى أن ينوي أربعة
أشياء:
أولها:أن ينوي بتعلمه الخروج من الجهل لأن الله تعالى قال: "قل
هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون"...
والثاني: أن ينوي به منفعة الخلق,لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
خير الناس من ينفع الناس..
والثالث: أن ينوي به إحياء العلم, لأن الناس لو تركوا التعلم لذهب
العلم,كما روي أن النبي صلى الله عايه وسلم قال: "تعلموا العلم قبل أن يرفع
العلم ورفعه ذهاب العلماء"....
والرابع: أن ينوي به أن يعمل به,لا بخلافه,لأن العلم آلة للعمل...
Perkara pertama yang diperlukan oleh penuntut ilmu adalah
membetulkan niatnya supaya dengan betul niatnya dapatlah dia mengambil manfaat
daripada ilmu yang dipelajari dan orang lain dapat mengambil manfaat daripada
ilmunya.Maka apabila seorang penuntut ilmu itu mahu membetulkan niatnya maka
perlulah bahawa berniat ia akan empat perkara:
Pertamanya: Bahawa berniat ia dengan menuntut ilmu itu
keluar daripada kejahilan,kerana Allah swt berfirman, ertinya:”Katakanlah wahai
Muhammad,adakah sama orang-orang yang tahu dan orang- orang yang tidak tahu?”.
Keduanya: Bahawa berniat ia untuk memberi manfaat kepada
orang lain kerana Nabi SAW bersabda dalam satu hadis:”sebaik-baik manusia itu
ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain”.
Ketiganya:Bahawa berniat ia dengan belajar itu untuk
menghidupkan ilmu,kerana manusia sekiranya meninggalkan pengajian dan belajar
maka hilanglah ilmu sepertimana yang diriwayatkan bahawanya Nabi saw bersabda(mafhumnya):”belajarlah
kamu akan ilmu sebelum ilmu itu diangkat,dan terangkatnya ilmu itu dengan matinya
para alim ulama”.
Keempatnya:Bahawa berniat ia untuk beramal dengan ilmu yang
dipelajari bukan sebaliknya kerana ilmu itu adalah alat untuk amal.
(dipetik daripada kitan bustanul a’rifin karya Imam abu lais
as-samarqandi)
Langgan:
Catatan (Atom)