Rabu, 31 Ogos 2011

Tuan Guru Hj Hasyim Pasir Tumboh dalam kenangan ...


                     
Biodata :
Nama      : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir    : 1923M
Pendidikan :


  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
    6-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.


( Gambar keanangan semasa ziarahi Allahyarham Tn Guru bulan 3 .2011)

Perkhidmatan :
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir  setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4. Menerima anugerah gelaran Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010

Meninggal dunia
Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang..al-Fatihah

Jenazah Tn Guru diusung masuk kedalam Masjid Pondok Pasir Tumboh 
oleh ribuan pelajar

 Janazah didalam rumah sebelum dibawa keluar jasad guru mulia ke Masjid 
 Orang ramai merebtkan peluang terakhir menziarahi an memberi penghormatan terakhir buat guru mulia
 DYMM SULTAN MUHAMMAD , Sultan Kelantan menghadiri solat jenazah Tn Guru
Raja Muda Kelantan turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Tn Guru 

 Ribuan orang solat jenazah

MB KELANTAN , TN GURU DATO HJ NIK AZIZ IMAM SOLAT JENAZAH TOK AYAH HASYIM 


RAJA KELANTAN , RAJA MUDA KELANTAN SOLAT JENAZAH TN GURU HJ HASYIM 




Jasad ulama telah dikembalikan kepada Allah SWT .
Allah tidak mencabut ilmu dari dada ulama kecuali mematikan ulama itu ...
ALLAHUAKBAR telah ramai tokoh ulama yang berkat-berkat telah kembali bertemu Allah ! 
Sinar cahaya kian malap , lampu demi lampu telah terpadam hanya tingga saki baki . Rebutlah peluang menuntul ilmu dari tokoh-tokoh ulama tua yang masih lagi tinggal . Jangan buang masa kelak kita menyesal ...
Pesan buat diri dan saudara yang dikasihi 
AL FATIHAH buat TOK AYAH HASYIM


dipetik dari pondoktauhid.blogspot.com


Khamis, 11 Ogos 2011

Kembara Ramadhan di Kampung At-Taqenah,Sudan



Bismillahi wal Hamdulillah..

Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah SWT atas segala nikmat yang tidak terkira banyaknya, dan dengan belas ihsanNya kepada hambaNya, mempertemukan kita dengan ramadhan pada kali ini yang merupakan nikmat yang sangat besar yang sayogianya setiap insan yang bergelar muslim mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin untuk mengutip modal di dunia ini agar kaya dengan rahmat Allah SWT di akhirat kelak, dan dengannya membolehkan kita menduduki syurga Allah SWT.


Alhamdulillah,tahun ini alfaqir berpeluang menyertai program ‘Kembara Ramadhan’ yang dijalankan oleh pihak surau petronas di sudan.Program ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat miskin di sudan di samping berbuka puasa bersama mereka dan mengeratkan hubungan silaturrahim.Secara tidak lansung,program ini mengajar diri ini erti bersyukur dengan setiap benda yang dimiliki dan sentiasa melihat orang yang lebih bawah dan susah keadaannya dalam setiap urusan .Inilah kaedah yang diajarkan Rasulullah SAW di dalam kehidupan. Memandang kepada yang lebih rendah dan susah dalam urusan dunia dan memandang tinggi kepada sesuatu yang berkaitan dengan akhirat.Dengan ini seseorang itu akan lebih bersyukur dan bertambah ibadat dan amalnya kepada Allah SWT..

Gambar ketika berada di kampung at-taqenah


                                Pelajar-pelajar khalwah at-taqenah sedang bergambar





                 Seorang penduduk mengisi air di dalam zir utk diberikan kepada orang ramai
                 Secara percuma.(xramai orang nak buat macam ni kat Malaysia)


                                                          

                                                                   Suasana kampung at-taqenah



                                                                 Anak-anak kampung at-taqenah



                                            Bergambar bersama penduduk kampung
     

                  Keadaan rumah di kampung kenanah.Hidup dalam keadaan dhaif & miskin
 








            Suasana sebelum berbuka.Pelajar-pelajar khawah menunggu juadah berbuka puasa
           



                                                                 5 minit sebelum berbuka puasa

                                                         Juadah berbuka puasa
 

               Pelajar-pelajar  mengulang al-quran setelah selesai menunaikan solat maghrib


Moga Ramadhan tahun ini dapat mendidik hati dan jiwa kita menjadi hamba Nya yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat Nya..Ameen

Selasa, 9 Ogos 2011

Pengajian & Diskusi Kitab Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki


                                                                                                                                                                            
Mari sama-sama kita memeriahkan majlis...Mudah-mudahan kehadiran anda memberi manfaat kepada diri anda dan orang lain..Sama-samalah kita isi ramadhan kita pada kali ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan mendekatkan diri kepada sang Khalik...Allahumma barik lana fi ramadhan...

insyaAllah,kita sama-sama hebahkan majlis ilmu ini..Setiap yang hadir karana hebahan anda,juga kebaikan dan ganjaran bagi diri anda...^ ^                            



Khamis, 28 Julai 2011

Yang Mana Satu



Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah,segala puji bagi bagi Allah yang mengizinkan kita melintasi bulan rejab dan kemudiannya sya’ban dan tidak berapa lama lagi kepada ramadhan,bulan yang dipenuhi dengan rahmat dan barakah. Mudah-mudahan rejab dan sya’ban yang berlalu tidak kosong dengan amalan-amalan dan zikir kepada Allah SWT dan begitu juga dengan ramadhan yang dinanti-nanti. Ramadhan merupakan satu bulan yang Allah SWT kurniakan kepada umat Muhammad SAW dengan pelbagai kelebihan dan rahsia.Setinggi-tinggi pujian dan syukur kepada Allah SWT kerana menjadikan kami di kalangan orang-orang yang beriman dan di kalangan umat Muhammad SAW..


Ramadhan merupakan satu bulan yang diwajibkan ke atas umat Islam untuk berpuasa di dalamnya sepertimana firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa”..(ayat 183)


Ramadhan, bolehlah kita umpamakannya sebagai tetamu yang datangnya berjadual sekali dalam setahun. Maka apabila dikatakan dengan tetamu,adakala ianya menyenangkan, adakala ianya menyusahkan dan adakala ianya sangat-sangat menyusahkan.Tambahan pula,kehadiran bulan ramadhan dengan amalan puasa yang difardukan ke atas semua umat Islam yang cukup syarat.Selain itu, amalan- amalan sunat yang banyak seperti solat tarawih,tadarus di samping pengisian seperti tazkirah dan lainnya.


Tetamu boleh kita kategorikan kepada tiga iaitu:

Yang pertama: Tetamu yang kita kenal
Yang kedua   : Tetamu yang tidak dikenali
Yang ketiga   : Musuh kita


Maka sesiapa yang meletakkan ramadhan sebagai tetamu di dalam kategori yang pertama, pastinya menunggu-nunggu akan kedatangan ramadhan.Mereka inilah yang memperoleh ganjaran-ganjaran yang dijanjikan Allah SWT dan rasulNya berserta kebaikan-kebaikan yang ada di dalam bulan ini.


Mereka yang meletakkan ramadhan sebagai tetamu di dalam kategori yang kedua, ialah mereka yang menganggap kedatangan ramadhan ini seolah-olah sama sahaja bagi mereka seperti hari-hari dan bulan-bulan yang lain. Ada dan tiada bulan ramadhan itu tidak menjadi masalah dan tidak pula mendatangkan masalah bagi mereka.Golongan ini kemungkinan mendapat kelebihan di dalam bulan ramadhan tetapi hanya sedikit dan tidak mampu membawanya kepada hakikat puasa.


Golongan yang meletakkan ramadhan sebagai tetamu di dalam kategori yang ketiga pula, ialah mereka yang tidak mendapat sedikit manfaat pun dengan kedatangan ramadhan tetapi hanya merugikan dan membinasakan dirinya.Mereka inilah golongan yang kuat berfoya-foya dan cintakan dunia melebihi akhirat.Kedatangan ramadhan seolah-olah menyekat pergerakan mereka sedangkan kedatangan ramadhan itu merupakan rahmat baginya. Tambahan pula,kehadiran bulan ramadhan dengan amalan puasa yang difardukan ke atas semua umat Islam yang cukup syarat.Selain itu, amalan- amalan sunat yang banyak seperti solat tarawih,tadarus di samping pengisian seperti tazkirah dan lainnya.Mereka ini seolah-olah orang yang dalam kehausan lalu dihulurkan kepadanya air tetapi ditolak dan dimarahi pula si pembawa air tadi. Sikapnya itu hanya membawa kepada kerugian dan kebinasaan pada dirinya.


Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah dan menghitung diri. Adakah kita menganggap kehadiran ramadhan sebagai ‘durian runtuh’ yang menggembirakan atau sebagai ribut taufan yang menyusahkan..Yang mana satu pilihan kita..??Moga kita tidak tersilap pilih..antara kaca dan permata,ketenangan dan kegelisahan,kebahagian dan kesengsaraan,surga dan neraka,dan antara redha Khaliq dan makhluk..


Mudah-mudahan Allah SWT memberi taufiq dan hidayah- Nya kepada kita, memudahkan, memberi kekuatan dan kesihatan, dan meringankan tubuh kita untuk bangkit beribadat kepadaNya..

amin...


Ahlan Ya Ramadhan.....

Khamis, 21 Julai 2011

Himpunan Ummah Berselawat



 



 Bismillah wal Hamdulillah

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT dan sebanyak-banyak selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Sayyidina Muhammad SAW, idola sepanjang zaman, cahaya sepanjang jalan, dan rahmat sekalian alam. Pastinya sebesar-besar nikmat selapas nikmat islam dan iman itu ialah menjadi umat Muhammad SAW..Kerana insan bernama Muhammad inilah, Allah SWT memuliakan dan melebihkan kita berbanding dengan umat-umat yang terdahulu.


Dikisahkan seorang pemuda bermimpi bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpinya dan Rasulullah SAW sedikit pun tidak berpaling kepadanya..Lalu pemuda tadi bertanya kepada Rasulullah SAW: Adakah kau marahkan aku Ya Rasulullah??.. Tidak,jawab Rasulullah SAW..Lalu lelaki tadi bertanya lagi:Mengapa kau tidak memandang kepadaku Ya Rasulullah?? Aku tidak mengenalimu,jawab Rasulullah SAW…Pemuda itu bertanya lagi: Bukankah aku ini lelaki daripada umatmu Ya Rasulullah, dan para ulama kesemuanya mengatakan bahawa engkau mengenali umat-umat engkau??..Lalu berkata Rasulullah SAW: Benar kata mereka..tetapi engkau tidak mengingati aku dengan berselawat ke atas aku..Sesungguhnya ma’rifah aku ke atas umat-umat aku adalah dengan kadar selawat mereka ke atas aku…


Lelaki tadi kemudiannya tersedar dari mimpinya dan lantas melazimkan dirinya dengan berselawat ke atas Nabi SAW 100 kali sehari dan berterusan melakukannya.. Tidak lama selepas itu,lelaki tadi sekali lagi bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW mengenalinya…


MasyaAllah…Mahabbah cinta kita kepada Sayyidina Muhammad pasti akan membawa kita kepadanya di akhirat kelak dan di dunia ini dengan hadirnya Rasulullah SAW di benak hati dan mengamalkan sunnah-sunnahnya SAW sepertimana sabda Nabi SAW: Seseorang itu akan bersama dengan siapa yang ia kasihi”…


Sama-samalah kita menghadirkan diri pada majlis yang mulia ini dan juga menghadirkan Rasulullah SAW di dalam benak hati kita..Berselawatlah sebanyak-banyaknya ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad SAW..Jangan lepaskan peluang ini..Mudah-mudah kita beroleh manfaat daripada majlis-masjis sebegini..


InsyaAllah,sama-sama kita sebarkan majlis-majlis sebegini kepada orang ramai.. Setiap kebaikan seseorang yang datang daripada jemputan anda, insyaAllah merupakan ganjaran pahala dan kebaikan bagi diri anda…

Rabu, 20 Julai 2011

Jumaat, 15 Julai 2011

Lantunan Mahabbah



                                  


Alhamdulillah,dalam sebuah hadis, Nabi SAW menyebut:"seseorang itu akan bangkit pada hari akhirat nanti bersama dengan siapa dia kasih"..Tuan2,dalam majlis ini,orang yang paling saya kasih ialah syaikhi al-Habib as-Syeikh Nuruddin al-Marbu al-Banjari..Sesiapa yang nak bangkit denagn al-Fadhil Syeikh marilah bangun bersama-sama dengan saya..sapa2 yang nak bangkit denagn al-Fadhil Syeikh,bangun!!!Nabi SAW sebut:"seseoarang itu akan bangun dengan siapa yang dia paling kasih..Tuan2,bayangkan Tuhan pilih kita pada hari ini untuk menghadiri majlis yang paling mulia ini,pada hari yang sangat mulia,..Alangkah bertuahnya kita kalau pada saat bangkit nanti,semua kita bangkit macam ni.

Alhamdulillah..Tuan2,bayangkan Nabi SAW berjalan di hadapan kita memilih umatnya..Bayangkan kalau kita tidak diperakukan oleh NAbi SAW sebagai ummatnya..Di mana kita nak letakkan diri??Bayangkan di hari yang tidak ada syafaat melainkan syafaat Nabi SAW..

Tuan2,marilah kita sama-sama menghayati bangun bangkit kita pada pagi ini kita berada di padang mahsyar dengan hati yang tulus dengan hati yang kerdil..Kita mengharapkan Nabi SAW memandang kita,,melihat kita pada hari yang sungguh mulia,pada hari yang sungguh bernilai syafaat Nabi SAW..

Tuan2,,,mari kita bayangkan Nabi SAW berjalan di hadapan kita..Tuan,,,Nabi SAW nak pandang kita tak pada hari kiamat nanti??Dengan dosa kita yang banyak ni,,dengan ketaksiran kita mengikut akan perintah dan ajarannya..Adakah bakal dipilih kita sebagai ummatnya??? Tuan2,, bersama-sama kita mengharapkan syafaat Nabi SAW pada hari yang sebegitu penting kita memohon pertolongan Nabi SAW..Tuan2,,bayangkan pada saat bangkit pada akhirat nanti,,kita mendapatkan Nabi SAW,,kita memegang tangan Baginda SAW,,kita mengucup tangan Nabi SAW,,kita mendakap Nabi SAW...

Tuan2,,bayangkan saat kita ke telaga Kauthar..Pada saat Nabi SAW menyambut kita di telaga Kauthar sebagai ummatnya..Bayangkan buat pertama kali kita melihat wajah Nabi SAW,,yang selalu kita berkhidmat kepadanya di dunia ini dengan mengucapkan selawat pada Nabi SAW..Alangkah beruntungnya kita seandainya Nabi SAW menerima kita sebagai ummatnya pada hari yang sebegitu kita mengharapkan pertolongan Nabi SAW..

Tuan2,,marilah kita semai rasa cinta kasih dan sayang kepada Nabi SAW..Sehingga Nabi SAW lebih kita cinta daripada kita mencintai ibu dan ayah kita,,lebih daripada kita cinta kepada anak-anak kita,,lebih daripada kita cinta kepada manusia seluruhnya..Kita cinta Nabi SAW..Kita cinta Rasul SAW...


Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad...balligh salaamana Ya Allah a'la khairil anam habibina Muhammad sollahu a'lahi wa sallam..